--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, August 25, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..


Golongan yang bersungguh-sungguh beriman sudah tentu sangat gembira dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keampunan yang munculnya hanya sekali dalam setahun.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)

Kegembiraan menyambut Ramadan dan mengerjakan amalan puasa itu bertambah lagi apabila mengingati segala dosa orang yang melaksanakan puasa (tentunya jika dengan benar-benar ikhlas) akan diampuni oleh Allah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang, iaitu sekiranya puasa itu ditunaikan dengan sempurna dan penuh penghayatan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang." (HR Ahmad)



SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA =)

01 Ramadhan 1429 H (01 sept 2008)

Soalan CEPU EMAS

Rasulullah saw bersabda, seperti yang diceritakan oleh Abi Barzah Nadhlah ‘Ubayd al-Aslamiy, yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis ini bertaraf hasan sahih)
Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu.

Pertama, mengenai umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja.Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi?

Kedua, mengenai ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan?Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui?

Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.”

Akhirnya, kita akan ditanya mengenai jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya? Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia.

Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu.

CECAHKAN DAHIMU KE SEJADAH


Cecahkan dahimu ke sejadah..
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Kerana ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan pulang
Kembali ke pangkuan Tuhan
INGATLAH
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga..
SEGALA ISI DUNIA DITINGGALKAN
KECUALI
1. sedekah n amal jariah yang dilakukan
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan diajar kpd orang lain
3. DOA Anak2 yang soleh dan solehah

Maka marilah kita bersama-sama beramal dengan KEBAIKAN serta mencegah perbuatan MUNGKAR mempelajari ilmu dunia n akhirat serta mengajarkannya kpd org lain serta menjadi anak2 yang soleh dan solehah terhadap kedua dua ibubapa kita..

Wednesday, August 13, 2008

Mahasiswa Hari ini..

Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor.

SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.
Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.
Di samping menyanyikan lagu rasmi UiTM, mereka turut mengangkat sepanduk, antaranya bertulis ‘Jangan rampas hak kami’ dan ‘Selamatkan UiTM’.
Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang mengetuai perhimpunan menyerahkan memorandum tujuh muka surat kepada pegawai SUK, Hasril Abu Hassan untuk disampaikan kepada Menteri Besar Selangor.
Luqmannulhakim ketika ditemui pemberita berkata, kandungan memorandum itu merakamkan rasa kesal para pelajar UiTM terhadap cadangan Menteri Besar kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu.
Menurut beliau, memorandum tersebut turut menyatakan wujud unsur politik dalam cadangan yang dikemukakan oleh Abdul Khalid.
Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum.
“Janganlah dipolitikkan UiTM kerana penubuhan universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka,” katanya.
Luqmannulhakim menambah: “Insya-Allah kami akan buat susulan bantahan fasa kedua dan ketiga. Kami akan memohon sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya baginda menitahkan soal pengambilan pelajar UiTM tidak dibincangkan lagi.”
Ahad lalu, Abdul Khalid mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajarnya.
Sementara itu, seorang penuntut UiTM, Sheikh El-Ash Shaff Shaik Daud, 22, melahirkan kebimbangan sekiranya cadangan tersebut diteruskan, nasib UiTM akan menjadi seperti universiti-universiti lain.
“Mula-mula diminta kemasukan 10 peratus tetapi lama-kelamaan kadar itu dipertingkatkan. Akhirnya golongan bumiputera lenyap dan tertindas di universiti sendiri,” ujarnya.
Bagi Khairul Ashraf, 19, pula, UiTM perlu mengekalkan dasar penubuhannya untuk bumiputera agar lebih ramai anak Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
“Bukan kami takut saingan kaum bukan bumiputera, namun penubuhan UiTM sendiri mempunyai matlamat tersendiri untuk menunjukkan pembangunan intelektual bumiputera selain meningkatkan daya ekonomi bangsa kita,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia.

Saturday, August 9, 2008

Renung dan Fikir-fikirkanlah...

Dalam menempuh arus kehidupan dunia yang semakin hari semakin tua umurnya, sebagai seorang islam yang mungkin hanya pada nama atau sebagainya, kita perlulah mengingati ayat ini.."sesungguhnya janji Allah itu adalah JANJI yg PASTI". Setiap perbuatan pasti akan dibalas seadil-adilnya.. Bagi yang bergelar MUSLIM, kita perlu ingat bahawa dunia ini adalah perhiasan dan keindahannya adalah bersifat sementara semata-mata. Jadi JANGAN jadikan DUNIA sebagai destinasi anda yang TETAP sehingga anda mengabaikan tentang persoalan dosa dan pahala, halal dan haram dan sebagainya...........
Firman Allah dalam Surah Al-Imran:185
"Setiap yag bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang yang memperdaya."

Carilah Cinta Yang Hakiki..


Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya , lembutlah jiwanya,
Tak sempat mengingati perkara yang lain,
Hati dan jiwanya semata mata terpaku dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali kehebatan , keagungan Tuhannya
Kecutlah perutnya , kalau manusia
Sentiasa sedar,
Pendengaran, penglihatan dan pengetahuanNya ..
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk
Merendah diri di bumi Tuhannya
Jika manusia, rasa berTuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan, takut pun datang
menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang, tak sempat mengumpat
Kalau Tuhan sentiasa dihati,
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya,
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikamatnya tidak mempengaruhinya sekalipun dunia ditangannya.

Interesting..