--<@Ahlan Wasahlan@>--

Sunday, November 23, 2008

minyak terkini..

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) -Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong."Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.
"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia. - mks._

-harakahdaily-

The truth

Before N After -ISLAM
I see now my quest in life had been in vain.
I desired pleasure and material gain.
For those around me, my goals where plain,
I tried to achieve them all without regard to pain.
I wanted the glitter and glamour this world provides.
I couldn't see the treasures that all this hide.
My 'Quest for wealth' - could never buy what I needed most.
My 'Search for fame' - was like trying to catch a ghost.
But when my prayers were for 'Guidance' from the 'One Above'.
I found success in 'Total Submission' to the Will of Him -- in Love.
I found all the riches, glory and happiness that one might require,
But most of all I discovered my real heart's desire.
I found the which is the secret of Life's Lease,
I found the One Who Gave all, when He gave me PEACE.
It finally came after all those years of trouble and strife
That to do "ISLAM" is the PURPOSE OF LIFE.
-poem by Sheikh Yusuf Estes-

Wednesday, November 19, 2008

Cinta-Agungku

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Thursday, November 13, 2008

..Balasan Tinggalkan Solat..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.
"Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Keutamaan Qiamullail..

Allah Ta'ala berfirman: "Dan dari sebahagian waktu malam, maka lakukanlah shalat Tahajud, sebagai suatu amalan sunnah untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengangkatmu ke tempat yang terpuji." (al-lsra': 79)

Allah Ta'ala berfirman pula: "Mereka sama meninggalkan tempat-tempat pembaringannya -untuk melakukan ibadat di waktu malam." (as-Sajdah: 16)

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaq 'alaih)

..Selamat berQiamullail..

Thursday, November 6, 2008

Ku Damba Cinta-Mu

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu..
Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku.

Wednesday, November 5, 2008

Renungan bersama….

Buat kali pertamanya hari ini salmi betul2 kecewa dgn sebuah persahabatan yang tidak dhargai…
“…adakah silapku..ya mungkin..kesilapan yang sering dilakukan tanpa disedari diri sendiri…”hati kecil salmi berkata-kata..”

بسم الله الرحمن الرحيم
Teman..diri ini tersinggung sebentar tadi..entah kenapa dgn diri ini....baru beberapa ketika sebelum aku menemuimu..lidahku lancar member nasihat dan bimbingan pada seorang teman.. “…persahabatan kerana Allah itu indah dan kita perlu hargai sahabat kita…sebarang perselisihan dan ketidakpuashatian perlu diselasaikan dengan damai..jangan bersedih dan buruk sangka dengan sahabat kita ..” alangkah terujinya aku dengan kata2 yang ku lafazkan..
..aku tersinggung dgn caramu..betul betul tersinggung sehingga aku rasa jauh..teman ketahuilah diri ini tidak mahu bersangka buruk terhadapmu…mengapa kau begitu tadi…salahkah jika kau luangkan masamu bersama kami..atau ada sesuatu yang kau cuba sorokkan dr kmi..?..

……………………Iman salmi berkata.. “Subhanallah..tenanglah, kau tidak memahaminya..koreksi dirimu..semoga aku sentiasa meningkat dalm hatimu..jgn biarkan egomu yang meguasai hatimu..semoga tetap tenang dalm kesabaran dan tenang dalam menghadapi ujian .”
Ego salmi pula berkata.."kenapa shbtku begitu..aku seboleh boleh luangkan masa bersama teman2 walaupun ada perkara yang ingin dilaksanakn supaya teman tak kecil hati..kenapa org lain tak bole korbankan apa yang aku korbankan ..kenapa..kenapa dan kenapa..!!????
Iman salmi mnjawab dgn tenang..''mestilah begitu..setiap org lain caranya..yg penting saling percaya mempercayai dan selesaikan masalah dgn baik..sebaik2 sahabt ialah sahabat yang menegur sahabatnya dan tidak mengumpat atau berkata buruk dbelakang sahabtnya itu..la tahzan salmi..mgkin teman itu ada sebab tersendiri..berbaik sangka pada orang lain dan jangan pentingkan diri "

“Astaghfirullahal’azim..Ya Allah..ampunkan daku…alhamdulillah ya Allah dgn teguran drpd iman,Hatiku terubat..teman2 lain perlu ditemui..pohonan maaf perlu di pinta atas kesilapan sebentar td meninggalkan mereka begitu sahaja...;” Bisik hati salmi

YA ALLAH..kiranya Engkau mmpertemukn kami utk mndidik diri kami agar lbh menyayangiMU,maka hnya Engkau yg mampu membawa hati2 ini b'taut menyelusuri jalan mencari cintaMU,mengharap maghfirahmu,janganlah Engkau pisahkan hati2 ini dikala rindu & syg kami belum cukup utk melamar redha & cintaMU,YA ALLAH..andaiku lyk menapak d syurgaMU..kupinta dia bersamaku...amiin..YA Rabbal'alamiin

Begitulah lumrah persahabatn perlu ada ujian dan dalam ujian di uji dgn dugaan yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan..


Kepada yang masih mempunyai sahabat..hargailah dia sebelum terlambat..Ingatlah bahawa masih ramai yang memerlukan sahabat dan teman..

Buat sahabatku..
Ku harap mekar di hati,Agar persahabatan suci ini,Kan terus mantap,Menjadi syafaat,Terukir indah di pintu Jannah..
Sesungguhnya Aku menyayangi kalian kerana Allah…
Selamat mengahadapi Final exam..!! =)

Tuesday, November 4, 2008

Buatmu anakku...

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku…. Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta! Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu? Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai? Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan! Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah. Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah. Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu. Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

http://www.iluvislam.com buat pengarang kpd artikel ini..terima kasih untuk artikel ini..

seandainya suatu hari...

Seandainya suatu hari awak nak menangis, beritahu saya..saya tak janji nak buat awak tersenyum,tapi saya bole menangis bersama awak..seandainya suatu hari awak ada masalah, beritahu saya..saya tak janji nk bagi awak penyelesaiannya,tapi awak bole kongsi dengan saya..Seandainya suatu hari awak mahu berjalan pergi, beritahu saya..saya tak janji untuk halang awak pergi,tapi saya boleh pergi bersama awak..seandainya suatu hariawak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, beritahu saya ..sy janji akan berada bersama awak..tetapi andai suatu hari awak memerlukan saya dan saya tiada..pohonan kemaafan saya pinta dari awak sebab sy mgkin tak akan dapat jumpa awak lg…


Semoga Ukhuwah kita berkekalan sehingga bertemu dsyurga Allah kelak wahai sahabatku..
Manisnya berukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah..
Terima Kasih Allah kerana berikan ku sahabat2 yg mendekatkan diriku padaMu..

Sy sayang kalian InsyaaAllah ikhlas kerana Allah..=)
Terima Kasih Sahabatku..

Saturday, November 1, 2008

Tazkirah..

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh, maka:
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Tiga soalan Satu Jawapan

Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan. Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."
Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."
Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"
Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.
"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya. Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?" Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi : Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada. Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan. Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah?"
Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati dengan jawapan ahli sufi itu.

STUDY

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan. Tetapi, kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka insya-allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.

Tips Sebelum Mula ‘Study’ @ Menelaah pelajaran @ Belajar

1. Niat (kerana allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan

3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

6. ‘Toma'ninah’ - berhenti seketika (10 minit)
- hilangkan stress dan mengantuk
- dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah - muslimah mesti ramai, muslimin mesti sedikit (jika study group melibatkan
kaum adam dan hawa)
- tempat tertutup(bilik perbincangan/terbuka(pondok ilmu dll)

8. Berdoa - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
- teruskan usaha untuk subjek yang diminati.

Interesting..