--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, January 2, 2012

*..Buatmu Permata di Kejauhan..*

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

..Salam rindu dan sayang permata-permata berharga..
Selamat Tahun Baru yang 'kedua'..(masihi..)yang pertama??.. tentunya Tahun Baru Hijrah..walau apapun..kita masih belum terlambat untuk berazam baru dan meletakkan diri dalam kebaikan, berubah untuk menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik, memulakan kehidupan yang baru atau apa sahaja azam yang baik..masih belum terlambat....sebab?? ruang dan peluang untuk teruskan kehidupan masih diberikan..mata belum rapat terpejam, lidah belum terkedu berbicara, jasada masih berfungsi, sekujur badan masih belum berselimut putih..Tiada kata 'tidak ada masa lagi untukku berubah'

..Salam pembukaan yang bahagia di pagi hari..

...Salam imtihan buat adik-adik dan sahabat sahabat yang masih meneruskan langkah langkah perjuangan di mana mana sahaja..Semoga persediaan yang telah dibuat sebelumnya membantu kalian untuk menempuh ujian peperiksaan yang sedang berlangsung..

..sedikit perkongsian..
Persediaan dalam menghadapi ujian atau peperiksaan tentunya sangat penting untuk melakar kejayaan..insyaAllah..usaha dengan istiqamah dan ikhlas dalam setiap perkara kebaikan..Allah pasti membantu..
Firman Allah..
" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad:7)

membina keyakinan dengan mempelajari ilmu..membina kekuatan dengan kesabaran dan doa..membina kejayaan dengan usaha yang bersungguh..meletakkan pengharapan dengan keredhaan dan sepenuh tawakal padaNYA..

Berbalik semula persoalan bersedia..(^_^)

Pelbagai ragam dalam menempuh imtihan atau peperiksaan..ada yang berkata belum bersedia..ada yang bersedia dan sebagainya..meraih kejayaan dalam bab ilmu adalah penting..

Barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) dunia hendaklah dengan ilmu barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) akhirat hendaklah dengan ilmu.barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu ..

Namun..i
lmu yg bermanfaat itu, adalah ilmu yg meningkatkan lg rasa takut kita kpd Allah..

Bersedialah dan berusahalah melakar kejayaan didunia dan diakhirat..Apabila berjaya, jangan dilupa pujian kesyukuran padaNYA...Sekiranya gagal didunia..jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana kegagalan itu permulaan kepada kejayaan..berusaha selagi masih ada waktu..Berubah dan memperbaiki kelemahan..Gagal didunia masih berpeluang berjaya diakhirat selagi masih ada harapan dan waktu..

..."saya takut lah nak exam"..kata A...."napa pula.."..tanya B...A menjawab..emmmmm..hehe.. ...pelbagai ragam musim peperiksaan..boleh dijadikan analogi...

seperti kematian..ada yang takut pada kematian..mengapa...?mungkin kerana kita tidak bersedia untuk menghadapinya..kerana kita tahu bekalan kita tidak cukup untuk menampung kehidupan disana..kematian hanyalah peprpindahan atau transit dari dunia sementara untuk ke kahirat yang abadi..dan transit ini tidak boleh berpatah balik sebab ianya sehala sahaja..macam macam ada kat transit ni..tapi semuanya sesuai dengan bekalan yang disediakan dulu..sebab transit ni tidak menyediakan apa yang kita nak masa tu..tapi dia keperluan tu kene booking awal awal masa kat dunia dulu..disini......report card ditunjukkan...

..Bersedialah untuk kematian (FINAL)..usaha beramal ibadah..melakukan perkara perkara yang baik dan sewaktu dengannya.. Lakukan Perubahan SEKARANG..!!! sEbElUM tErLaMbAt... ..Bila masanya tiba..I'M ready...to go...

Wallahualam..

sedikit perkongsian ingatan buat ingatan bersama terutama bagi yang menaip..semoga Allah permudahkan urusan kita didunia dan diakhirat..dan semoga Allah mengizinkan kita bertemu lagi kelak..InsyaAllah..jika tidak didunia..InsyaAllah diakhirat..

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

No comments:

Interesting..