Tuesday, December 21, 2010
...Faqirnya aku...
"Insan berjiwa hamba mempunyai dua mata di wajahnya mungkin jua tidak mempunyai mata di wajahnya untuk melihat dan memandang seluruh urusan dunianya..tetapi mempunyai mata yang lebih tajam iaitu mata hatinya untuk menilai serta melihat semua urusan dunia dan akhiratnya...jika hati yang dimiliki itu jernih dan suci dari mazmumah,maksiat dan dosa"
Monday, December 13, 2010
..lukisan rindu buatmu..Ya Rasulullah...

Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya
Lukisan rindu yang terlantar di wajahku
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua
Mengalir mutiara suci di pipiku
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaatmu
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah
Ku baca sirahmu
Ku hayati kata katamu
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat
Ku andaikan diriku berada di sisimu
Namun ku langsung terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..
Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..
Tuesday, December 7, 2010
~Hijrah ini...~
Hijrah ini..
Hijrah ini..
Hijrah ini..
ku Damba CintaMu
Monday, December 6, 2010
1432 HIJRAH- “TAUBAT DAN BERUBAH..adakah masih ada lagi ‘esok’ untukku?”
Alhamdulillahirabbil’alamin..lafaz kalimah indah yang penuh makna sering dilafazkan setiap waktu dalam solat..Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbhi ajmain..
Tahun Baru hijrah bermula..1432 H mengingatkan bahawa umur kian bertambah namun umur sememangnya bertambah setiap detik dan ketika..
Dalam tahun baru hijrah ini marilah kita bersama sama muhasabah dan mengubah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik dan melaksanakan segala suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Setiap manusia yang Allah ciptakan disulamkan dengan kelebihan dan kekurangan masing masing. Allah mengurniakan manusia itu ada akal, hati,pancaindera dan hawa nafsu . Dalam mengubah diri untuk menjadi lebih baik dari semalam perlu adanya mujahadah yang tinggi dalam diri untuk melawan hawa nafsu serta bisikan bisikan syaitan yang jahat dan menyesatkan.

Bagaimana caranya..?


Ayuh kita bersama..! bermula saat ini, mari mengubah diri..jangan lengah dan bertangguh untuk menjadi insan yang baik kerana kita tidak tahu bilakah kita dijemput menghadapNya..(ADAKAH MASIH ADA ‘ESOK’ untukku..?)

Mari bersama kita melakukan hijrah kepada kebaikan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara..usaha dan terus berusaha kerana Allah tidak melihat hasilnya tapi Allah melihat sebanyak mana usaha yang kita lakukan.Semuanya pada kita sama ada mahu atau tidak.Usaha yang dilakukan perlu diiringi dengan doa dan pengharapan padaNya..
Usahakan segalanya dengan nilai taqwa dan ehsan dalam jiwa. Sekecil kecil perubahan akan membawa kepada perubahan yang besar. Semoga kehidupan kita semua diredhaiNya dan dirahmatiNya..INSYAALLAH..
Mulakan sekarang! Berjuanglah untuk islam dan merindui syahid di jalanNya..
Wallahualam
~Senyum mujahidah menuju syahid~
*perkongsian dan peringatan buat diri yang menulis terutamanya.
Thursday, November 11, 2010
..tazkiatunnafs..munajatku...

Tidak ku rindu selain Belaian Rahmat dan Kasih SayangMU
Tidak ku merayu selain merayu dan memohon maghfirahMU...
Ya Rabbi..ku bisikkan kerinduan..
Keinsafan..pengharapan
Ya Rabbi..ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkan ku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Ada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Ku rindukan PimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
KebesaranMu pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Ujian kepahitan dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman
YaRabbi Ya Ilahi..
Hidup dan Matiku hanya untukMU..
Kuatkanlah hatiku..imanku dan langkah kakiku
Meneruskan langkah menjadi hambaMU yg solehah..
Tiada yang lain tempat ku berharap dan memohon
Melainkan Engkau, PENCIPTA kepada hamba kerdil ini..
Dan..hanya Engkau yang memahamiku..
Hanya PADAMU tempat ku kembali..
"Ya Allah..Sesungguhnya aku mohon kecintaanMU, dan kecintaan sesiapa yang mencintaiMU, dan amalan yang mendekatkan daku kepada kecintaanMU. Ya Rabbi..Jadikanlah kecintaanku kepadaMU melebihi cinta pada diriku, ahli keluargaku serta air yang sejuk."
(riwayat At-Tirmizi)
Tuesday, November 9, 2010
GUNUNG BERAPI DI NEGARA ORANG, BANJIR KILAT DI NEGARA SENDIRI..


(Surah Toha: 124-126)
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan kesemua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang diberikankepada mereka, Kami ambil kesenagan itu daripada mereka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa”.
(Surah Al-An’am:44)
Masuklah kedalam islam keseluruhannya..
Janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan
(tidak mengambil semua adalah mengikuti langkah-langkah syaitan)(Al-Baqarah:208)
Letakkan keredhaan Allah dihadapan bukan keredhaan manusia..
Bersama memartabatkan islam di negara kita..
Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari Bala bencana dan azab siksanya..
(Surah Al-Hajj: 40-41)
Wednesday, October 20, 2010

Membentuk diri menjadi seorang hamba Allah yang benar benar beramal untuk menegakkan kalimah Tauhid dimuka bumi Allah ini adalah bukan sesuatu yang mudah dan ianya juga bukan sesuatu yang sukar. Segalanya perlu bermula dengan diri sendiri. Amanah yang telah diberi oleh Allah serta telah diterima saat baiah pertama sebelum dilahirkan perlu sentiasa di ingatkan ke dalam dan difahami.
Asas pelaksanaan sesuatu amal itu adalah faham. Dengan kefahaman mengapa kita diciptakan maka akan terbitlah amal yang selari dengan sebab penciptaan itu.
Allah berfirman,
Maksudnya:
“ Sesungguhnya aku akan menjadikan manusia (di muka bumi ) sebagai khalifah”
(Al-Baqarah:30)
Dan Firman Allah lagi
Maksudnya:
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepadaku”
(Az-Zariyat:56)
Manusia dijadikan didunia ini tidaklah secara percuma dan sia-sia tanpa tanggungjawab dan tugas. Kita haruslah menyedari, diri yang mengakui seorang muslim, daie, mujahid dan mukmin perlu sentiasa meningkatkan kualiti dirinya untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah juga menjadi pemimpin atau khalifah dimuka bumi ini. Tugas dan tanggungjawab seorang khalifah itu tidaklah mudah dan sebagai hamba, kita perlu bimbingan dan bantuan dari yang Esa. Persoalannya bagaimanakah untuk mendapat bantuan dan bimbingan dariNya..?Segalanya bermula dengan pergerakan amal dan permohonan padaNya melalui ibadah.
Ibadah yang sempurna dapat membawa hamba itu mencapai objektif mengapa ia diciptakan iaitu mengabdi diri kepadaNya dan ia berkaitan dengan soal tanggungjawab dan kepimpinan. Ibadah yang sempurna dapat membentuk individu yang baik dan sempurna. Dalam pembentukkan organsasi dan kepimpinan ia akan membawa pengaruh yang amat besar dalam mencorakkan masyarakat melalui ‘sibghah rabbaniyyah’ iaitu celupan Allah.
Firman Allah,
Maksudnya:
“Sibghah Allah” siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
(Al-Baqarah:138)
Menyentuh serba sedikit hakikat kita yang berada dalam gerakan islam ini sewajibnya menjadikan ibadah kita selari dengan gerak kerja yang dilakukan. Segala gerak kerja yang dilakukan dikira ibadah jika kena pada kaedahnya. Bermula dengan niat melaksanakan sesuatu pekerjaan, seterusnya melihat dan meneliti semula adakah pekerjaan yang dilakukan menyebabkan tertinggalnya perintah Allah yang wajib(ibadah khusus) seperti meninggalkan solat atau melewatkannya dek disebabkan mengejar ibadah umum (amalan dan aktiviti kehidupan manusia didunia) atau pekerjaan tersebut pekerjaan yang memungkiri larangan Allah.
Secara kesimpulannya, untuk mengabdi diri dan menjadi khalifah dimuka bumi ini, perkara utama yang perlu dilihat adalah sejauh manakah kita faham dan menghayati sebenar benarnya tujuan kita diciptakan. Ini akan berbalik semula kepada persoalan adakah kita benar-benar org islam yang beriman iaitu orang yang bnar-benar berikrar dengan hati, mengakui dengan lisan dan melaksanakan dengan amal ibadah atau kita hanya mengakui kita orang islam yang beriman tetapi amal dan ibadah kita tidak seperti orang yang beriman. Amalan kehidupan di dunia adalah penting kerana ia penentu destinasi di akhirat.Jelasnya, orang yang meletakkan matlamatnya akhirat adalah lebih beruntung berbanding orang yang meletakkan matlamatnya dunia semata.Ini kerana ia akan bekerja didunia untuk bekalan diakhirat kerana akhirat adalah kekal abadi dan sesiapa yang matlamatnya hanya dunia, maka ia hanya akan mendapat ganjaran didunia sahaja kerana dunia itu sementara dan sedikit berbanding akhirat.
Firman Allah
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, “berangkatlah (untuk berperang dijalan Allah,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan didunia daripada kehidupan diakhirat?Padahal kenikmatan hidup didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
(At-Taubah:38)
Akhir kalam, Saya menyeru dan mengingatkan pada diri saya terutamanya juga sahabat dan sahabiah sekalian! Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan dan ibadah dan serulah kepada yang lain dalam kebaikan dan kebenaran.Membagun diri bersama ummah untuk mengangkat martabat manusia sebagai khalifah di muka bumi Ilahi mahupun dalam keadaan ringan ataupun berat.Berjuang menegakkan islam bukan pilihan tapi adalah satu kewajipan.Wallahu’alam..
*sekadar perkongsian dan ingatan buat diri terutamanya..
Tuesday, August 24, 2010
Mahasiswa ohh mahasiswa.!..Dimanakah kalian..??



Sunday, July 18, 2010
Al-Fatihah
kembali menghadap pemilikNya pada jam 3 pagi td..
"Pemergiannya Menghadap Rabbul Izzati..
Dari Allah kita datang dan padaNya pasti..kita dikembalikan
Gilirannya kini..Giliranku pasti akan tiba meyusulimu..
Dirinya pergi..dan kami pasti turut menyusuli.."
zikrulmaut-
Apa DariMu Segalanya MilikMu...
Berjalan..melihat..mendengar..serta mentafsir
Perjalanan yang panjang
Lakaran fatamorgana indah terbentang
SubhanAllah..
Maha Suci Pemiliknya
Di laluan hidup dan perjuangan
Banyaknya liku dan persimpangan
Persoalan menerjah
Akal, nafsu,hati bermadah bicara
Menguji kukuhnya iman dihati
Antara dua persimpangan
Sukarnya memberi jawapan..
Adakah redha atau pasrah
Peritnya menanti keputusan..
Adakah redha atau pasrah menerima
Pilih satu antara keduanya
memberi jawapan yang pasti
Menerima dengan Redha
Didalam cahayaMU
ku mohon keampunan
ku mohon kekuatan
Bantulah hamba kerdil ini
Memilih jalan terbaik
Agarku tidak tersesat
Dalam kembara kehidupan
Ya Allah Ya Tuhanku..
Ku pohon RedhaMu
Ku pohon kekuatan dariMu
Teguhkan hatiku
Tambahkan imanku
Agar ku terus Istiqamah
Meneruskan pelayaran suci
Apa padaku..
SegalaNya MilikMu
PilihanMu pasti
Hamba Redha Ya Rabbi
Apa padaku..
Hanya Engkau yang tahu
Apa dariMu..
Segalanya Terbaik untukku
PadaMu ku Mohon kekuatan
Daya zahir dan batinku
Hanya dengan IzinMu
aku mampu mengembara
Seadanya..
UntukMu jua AgamaMu
Wednesday, June 2, 2010
Adakah serius menentang kekejaman Israel laknatullah!!??
PUTRAJAYA, 2 Jun:
Pemuda Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera menghalau APCO Worldwide dari negara ini sekiranya serius membantah tindakan tentera rejim zionis menyerang konvoi bantuan kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.
Di dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mereka juga berharap Najib tidak hipokrit berhubung perkara itu.
Memerandum tersebut diterima Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim.
Hadir pada penyerahan memorandum itu ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
"Kalau tidak dapat hantar tentera kita sekalipun, cukuplah dengan menghalau Apco.
"Itu adalah perjuangan paling kecil bagi Malaysia membela rakyat Palestin," kata Khairul Anwar atau lebih dikenali sebagai Jonah.
Pemuda Pakatan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri yang lambat menyatakan bantahan, perlahan dan tidak tegas kerajaan dalam memberikan respons terhadap serangan ganas tentera laut rejim haram Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza itu.
Mereka juga mendesak kerajaan memutuskan hubungan perdagangan ekonomi dan diplomatik dengan pihak mempunyai hubungan dengan zionis Israel termasuk pegangan-pegangan saham yang berkaitan.
"Kerajaan Malaysia pada waktu ini mempunyai pegangan saham sebanyak 31% di Pantai Holding Berhad iaitu anak syarikat kepada Parkway Holdings Limited yang dimiliki pelobi besar Zionis, Richard C Blum.
"Kita juga membangkitkan isu syarikat Asiasoft yang berpengkalan di Telaviv yang terlibat dalam mengendalikan sistem komputer Polis Di Raja Malaysia, yang sehingga kini belum dijawab perdana menteri," jelas Shamsul.
Selain itu, mereka mencadangkan Najib mengadakan sidang Parlimen khas pada pagi Khamis dan Jumaat ini sebagai menyatakan bantahan berhubung serangan tersebut.
Mereka juga mempelawa Najib turut serta pada demonstarsi besar-besaran pada 4 Jun ini di hadapan Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat.
"Dunia hanya melihat dengan mata yang buta, telinga yang pekak ratusan ribu rakyat Gaza terkepung oleh kejahatan Zionis.
"Kita minta Najib dengan kuasa negara yang ada lebih proaktif memberi tekanan kepada Israel," kata Kamaruzaman.
Dalam pada itu, mereka turut memaklumkan akan mengadakan bantahan di hadapan pejabat Apco beberapa hari lagi.
Bantahan tersebut kata mereka bagi menghalau syarikat berkaitan Zionis Israel tersebut dari bumi Malaysia.
-sumber..harakah daily_-
GMJ gerakkan kempen, sasar 100 ribu bantah undi
PETALING JAYA, 2 Jun:
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempen mansuhkan judi bermula Sabtu, 5 Jun ini di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.
Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.
Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, road show ke serata negeri bagaimanapun berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.
Ianya bermula di Wialayah persekutuan, kemudian Selngor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).
Selain pengedaran risalah, program lain sepanjang kempen juga termasuklah penyerahan memorandum kepada Menteri-menteri Besar dan juga Mufti-mufti Negeri.
Manakala penutup road show akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur.
Pada hari kemuncak, 3 Julai tersebut, 100 ribu dijangka menyertai himpunan tersebut di ibu negara bermula jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
GMJ dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, timbalannya adalah Mohamad Raimi Ab. Rahim manakala AJK pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik.
Ianya ditubuhkan bagi menggerakkan massa membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.
Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:
1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY)
-harakah daily-
Sunday, April 25, 2010
-KeredhaanMU-

Rahmat kasih sayangMU
Dan jua keredhaanMU
Dalam hidupku
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanMU tidak bertepi
ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati padaMU ILAHI
Andai KAU tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan jangan KAU palingkan hati ini
Setelah KAU beri hidayah
Friday, March 26, 2010
-Di kamar sepi-
Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas diminda detik kematian
Yang entah bila kan menjelma
Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih
Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawapan
Pada soalan malaikat-Mu
Dilapisan mana di neraka-Mu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa - dosaku
Tak bisa ku meraih syurga-Mu
Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...
Wednesday, March 10, 2010
ku damba keampunan
Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah ku lupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku
-Tuhan Yang Esa-

Tuesday, March 9, 2010
PERANAN MUSLIMAH SEBAGAI DAIEAH
Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.
Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib aljahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.
Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi
tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.
Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.
Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.
1. Marhalah Ta'rif
Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:
1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.
1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal:
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.
1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al-islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.
2. Marhalah Takwin
Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi
hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).
Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat mas'uliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al
mutasaqitin (golongan yang gugur).
Dalam marhalah ini keujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan
besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.
3. Marhalah Tanfiz
Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:
3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.
3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.
3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.
Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:
"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.
Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah.
Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.
Penutup
Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa imamahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.
Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.
Oleh: UST NASARUDDIN MAT ISA