--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, October 27, 2008

Tentang Sebuah Kisah..dari sahabat buat sahabat..

Ini kisah tentang itik…Ada lima ekor itik… Mereka tengah berenang di sebuah tasik untuk satu perjalanan yg amat pjg yg mereka sendiri x thu bila hujungnya.... Yang seekor berenang dengan laju... kejap-kejap dia patah balik dapatkan kwn2nya yg lain...Yang seekor slow motion je berenang... kdg2 itik yg lain sangka dia sakit, itik laju dgn itik nakal selalu buli dia.... Yang seekor lagi nakal sgt... kejap-kejap dia ke kanan keja-kejap dia ke kiri, kejap-kejap pula dia kejar itik yg laju tu...Yang seekor lagi tenang je....Itik nilah ketua itik yg lain... Dia berenang x laju n x lambat...dia snts memantau yg lain... yang seekor lagi berenang paling lmbt skali d antr yg lain...dia selalu bgtau itik yg lain dia rs x nak truskan perjlnn sbb x nak mnyusahkn itik yg lain utk tggu dia...Tp itik2 yg lain selalu xkan biarkn dia...Itik2 yg lain mst akn tlg dorongkn itik yg lmbt 2 ke dpan spy dorg smua seiring...Tapi...satu hari...itik yg slalunya plg lmbt 2 hilang...itik 2 dah terbang ...rupa-rupanya dia dah sampai dulu dari itik2 yg lain....itik2 yg lain sedih sbb rndukn itik 2... Tapi itik2 yg lain kuatkn smangat utk truskan perjlnn spy diorg smua boleh jumpa dgn itik yg satu lg tu satu hr nnt walaupun diorg x tau bla penghujungnya perjalanan mrk pula...
p/s: buat yg merskn dirinya itik, truskan perjuanganmu itik....:)



















Yang tinggal...

...hasil nukilan..nurhabibi-bingkisanseoranghamba.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

Dedikasi kepada Bakal2 Pemimpin..

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

-Salam jihad PRK(Pilihan raya Kampus)-dr mahasiswa prihatin-

Monday, October 13, 2008

Pilihan Raya Kampus dan Suara mahasiswa

PUTRAJAYA, 10 Okt (Hrkh) - Lebih 100 mahasiswa berhimpun di pekarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyampaikan tuntutan mereka khususnya mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak lama lagi.
Antara fokus utama perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) pada kali ini adalah untuk mendesak KPT mengumumkan segera tarikh PRK secara rasmi.
Dengan laungan 'student power' yang bergema di seluruh parcel E, Putrajaya tersebut cukup untuk menggambarkan amarah dan semangat anak-anak muda di menara gading yang menuntut pilihan raya kampus dijalankan dengan suasana demokrasi yang sebenar.
Hujan yang turun rintik-rintik pada peringkat permulaan perhimpunan tersebut sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dengan kain rentang dan poster yang berbunyi ' Jangan permainkan kami', 'Kami mahu pilihan raya kampus telus', PRK : Kami demokrasi mahasiswa tidak rela diperbudakkan',
Mereka juga menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pelaksanaan pengundian secara online menerusi sistem pengundian e-voting dalam PRK akan datang yang dipercayai merupakan taktik untuk mengaburi keputusan PRK sebenar.
"Kami percaya sistem e-voting digunakan untuk menipu mahasiswa kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk melihat pengiraan undi dijalankan sedangkan berdasarkan peraturan pilihan raya, agen tempat pengiraan undi yang dilantik seseorang calon berhak untuk melakukannya," kata wakil Gamis dalam ucapannya.
Mahasiswa juga katanya, meminta agarpihak KPT khususnya pihak yang menguruskan PRK agar memindahkan pusat pembuangan undi daripada kolej kepada fakulti sepertimana yang pernah dibuat suatu ketika dahulu.
Perubahan pusat pengundian adalah dipercayai berpunca daripada kesukaran mereka untuk mencipta 'ruang' bagi melakukan penipuan terutamanya proses pengiraan yang kelihatan lebih mudah untuk diselia -sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak pro mahasiswa.
wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, Hafizudin Abireirah pula menyifatkan PRK yang dilaksanakan tidak ubah seperti pemilihan ketua kelas di sekolah dan tadika.
Sementara itu, menurut Koordinator Pendidikan Pengguna dan Masyarakat, Teras Pengupayaan Melayu, Zulzaidi Mahmud pula mahasiswa di kampus kini memerlukan keadilan dilaksanakan di dalam kampus tanpa perlu mengikut sahaja telunjuk pihak pentadbiran universiti.
"Mahasiswa perlu dibebaskan daripada kongkongan pentadbiran universti, bagi melaksanakan idealisme dan keadilan yang dituntut supaya dapat terlaksana sistem demokrasi tulen dalam masyarakat terpelajar.
"Ianya sekaligus menuntut agar perubahan dilakukan dalam sistem pemilihan pemimpin mahasiswa sperti mana yang berlaku dalam politik semasa tanah air pada masa sekarang," tegasnya.
Perhimpunan tersebut turut mengalami kekecohan selepas pihak keselamatan, anggota polis serta sebuah trak kecil anggota simpanan Persekutuan atau FRU bertindak ganas untuk menyuraikan mahasiswa terbabit.
Pegawai Polis berpakaian preman serta pegawai-pegawai KPT pula ligat menjalankan peranan untuk merakamkan setiap aksi dan wajah mahasiswa yang turun menyertai perhimpunan tersebut untuk tujuan dokumentasi dan tindakan susulan selepas ini.
Walau bagaimanapun, ianya dapat dikawal sepenuhnya apabila Pegawai Khas Menteri KPT, Mohd Arif Adenan turun bagi menerima memorandum setebal 20 mukasurat itu.
Ianya disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa yang hadir di lobi bangunan KPT sambil disaksikan menerusi pintu kaca oleh kumpulan mahasiswa daripada luar.
Setelah selesai memorandum tersebut dicop sebagai tanda penerimaan secara rasmi oleh KPT, Mohd Arif menyatakan komitmennya kepada Harakah untuk menyerahkannya terus kepada menteri KPT, Dato' Seri Khaled Nordin yang kini berada di Johor Bahru.
"Saya akan terus menyampaikannya kepada dato' menteri memandangkan saya mengira hal ini adalah serius apabila mahasiswa datang beramai-ramai ke KPT menuntut hal ini diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.
Ditanya mengenai tempoh untuk KPT memberikan maklum balas tersebut, beliau enggan mengulas sebaliknya menasihati mahsiswa agar menumpuhkan perhatian kepada akademik daripada melibatkan diri dengan urusan pemilihan MPP.
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebelum sidang media oleh Pro Mahasiswa.
Turut disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysiaa (Gamis), Dema,Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia, JKMI, Teras Pengupayaan Melayu dan beberapa front mahasiswa yang lain.
Tarikh PRK kini menjadi suatu teka-teki apabila ianya hanya digembar-gemburkan oleh media tertentu serta kata-kata tidak rasmi beberapa pimpinan tertinggi pentadbiran beberapa universiti.
Maklumat yang diterima Harakah, bahawa PRK kali ini akan dilaksanakan pada 12 hingga 17 Oktober bagi IPTA Pantai Timur dan Universiti Perguruan Sultan Idris, manakala bagi IPTA yang terletak di Lembah Klang pula akan dilaksanakan pada bulan Januari.
Bantahan terhadap tindakan KPT yang melambatkan tarikh tersebut timbul memandangkan kebanyakan MPP telah dibubarkan setelah ianya telah cukup tempoh 'pemerintahannya' selama setahun daripda tarikh PRK sesi lalu.
Untuk itu, mahasiswa juga meminta KPT melantik Mafrel, Suhakam, SPR dan NGO bagi memantau perjalanan PRK akan datang bagi mengelakkan berlakunya campurtangan selain memastikan perjalanan PRK kali ini berlangsung dalam suasana yang telus dan demokratik. - mks.

_ Ihsan dari-harakah daily-jumaat 10/10/2008

Saturday, October 11, 2008

Untukmu Teman


بسم الله الرحمن الرحيم
استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم
الحمد لله رب العلمين وصلاة وسلام على رسول اللة واله واصحابه اجمعين
ربنا تقبل منا انك السميع العليم
Salam MAAF ZAHIR N BATIN..
sahabatku..disini ku kepilkan warkah buatmu,
Bagiku dgn cara ini shja aku mampu berkomunikasi dgnmu..

Buatmu sahabatku sayang.Salam mesra terindah kukirimkan,
Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar diwajah suci,
salam penghormatan, kasih dan persahabatan yang tiada pudar dalam setiap musim dan masasalam mekar kuntuman ukhuwah kerana ALLAH..
Buatmu sahabatku sayang..
Saat ku bertemu denganmu,
Terbayang senyuman yang kau ukirkan dan tangan yang dikau hulurkan padaku tnda persahabatan..
Sesungguhnya pertemuan ini amat bermakna dan indah bagiku.
Tuntun langkahku semuanya sudh diatur,
Ku bersyukur pdNya kerana diberi peluang mgenali dirimu,
Pertemuan pertama sehingga kini mengajarku erti pershbtan,

Sahabatku..
Aku tahu aku bukannya org yg layak untuk menasihatimu..
Tetapi sahabatku,aku dbri amanah sbgai seorng teman untuk menasihatimu..
Ketahuilah sahabatku,aku sebenarnya tidak layak digelar sebagai shbtmu..
Mengapa? Kerana aku takut untuk menegurmu..
Astaghfirullahal’azim..Aku bertaubat kepadamu Ya Allah..
Sahabat, aku bukan seorg yang pandai dalm berkata-kata..
Segala coretan yang bakal kau baca nanti adalah peringatan buat diriku dahulu

Sahabat..
Dirimu lebih baik dariku dan perbaikilah dirimu dari masa ke masa.
Teruskan perjuangan dan jangan mudah putus asa..
Bersabarlah dan redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Temanku..
Ingatlah bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan
Pengorbanan perasaan,pengorbanan kerehatan,pengorbanan masa,pengorbanan harta dan pengorbanan jiwa.
Berjuang berkorban demi Cinta Kepada Yang Esa..
Kita hanya hamba dan hamba wajib mentaati perintah Pemilik hamba itu dan Ianya ALLAH YG ESA.
Sahabatku.
Jika dahulu masa rehatmu telah kau tetapkan dalam tempoh tertentu..tempoh itu perlu kau singkatkan..
Kerana kerja yg kita ada adalah melebihi dari waktu yang kita punyai..
sahabat2ku..bangun dan jadikan hidupmu lebih bermakna serta mempunyai nilai yg tinggi untuk dibawa sebagai bekalan sewaktu kau pergi bertemu denganNya kelak..

Sahabatku..
Ikhlaskan dirimu dalam segala urusan dan pastikan segala yg kau lakukan adalah kerana Allah semata-mata..

Sahabat..
Sementara bahtera umur masih belayar di lautan kehidupan..
Penuhkanlah ia dgn barg dagangan yang baik dan bermanfaat..
Jgn jadi sepertiku..bahteraku semakin hampir dengan pantai..menuju padaNya..

Sahabatku..
Sesungguhnya diri ini berasa takut,gentar dan gelisah serta khuatir..
Banyak amanah yang diberi masih blum diselesaikan..
Diri ini berhajat membuat banyak perkara tapi rasa seperti tidak sempat untuk menghabiskan semuanya..
Doakan semoga urusanku dpermudahkan ya..

Sahabatku..
IKHLASKAN NIAT KRN ALLAH
BERQIAMULLAIL selalu kerana di situ datngnya kekuatan.
KORBANKAN WAKTUMU kerana kau tidak akan berehat melainkan DSYURGA kelak.(Surah As-saff-10)
BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN ZIKIR SERTA SELAWAT KE ATAS RASULULLAH
BERWUDUK SENTIASA
SOLAT SUNAT sebelum pergi meeting dan BERWUDUK.
BERSANGKA BAIK DGN MANUSIA DAN ALLAH
BANYAKKAN BERSEDEKAH
BANYAKKAN BERPUASA

Sahabatku..
Disepanjang pertemuan ini ku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki seandainya aku bnyk menyakiti dirimu..
Segala pertolongan yang kau pinta, andai aku tidak membantu aku mohon maaf untuk itu..
Andai kata2ku banyak mengguris perasaanmu dan banyak membuat kau bosan dgn ceritaku, sekali lg maaf aku dambakan darimu..
Untuk kali yang terakhir aku berkata2 dengan banyaknya dan selepas ini mgkin kau akan lbh banyak melihatku berdiam diri..Dan bagiku itu yang terbaik untukku..mgkin jua untukmu..

Buatmu sahabtku..
Apa yang aku luahkan ini adalah perasaanku terhadapmu..
Aku tahu temanku..aku tahu bahawa aku tidak merasai apa yang kalian rasa
Aku tahu aku tidak berada di tempat yang kamu berada kini..
Aku tahu bhawa kiranya aku mgkin tidak sesibuk kalian atau sebaliknya..
Dan mugkin kerana itu aku tidak dapat memahamimu
Buat yg masih mengingati kata2 ini...”ku akan cuba memahami semua sahabatku..”
Pohonan maaf ku pinta kerana diri ini masih belum dapat memahami mereka..

Sahabatku..
Maafkan diriku yang alpa dan lemah ini..Sesungghuhnya aku bersyukur pd ILAHI kerana dapt mgenali kalian..
Andai aku tidak sempat untuk berkata-kata dgnmu..ku harap warkah ini menjadi rantai dan pengganti diriku..
Ku berharap agar kalian dapat memahami segala yg tersurat dan tersirat..Hanya satu yang ku harapkan adalah kemaafan daripadmu buat diri ini..
Untuk Sahabatku..Segala silap dan salahmu telah ku maafkan..
Ku maafkan dan halalkan segala-galanya untukmu..

Untuk ku mendapatkan kemaafan dariNya ku amat memerlukan kemaafan kalian..
Moga dirimu kekal dalam pemeliharaan ALLAH s.w.t..Sesungguhnya dunia ini tidak semestinya indah seperti yang diharapkan..Semoga dirimu sentiasa tabah selalu..Teguhlah menggenggam prinsip2 yang suci..tetaplah dalam agama yang suci..Cinta ALLAH akan bercambah mekar pada hati yang selalu mengharapkanNYA..aamiiin..
Salam sayang dan rindu fillah..Moga tetaplah SYURGA destinasi mu yang abadi..Moga bertemu lagi..Andai bukan di dunia fana..Moga kita bertemu di SYURGA ALLAH kelak
Sesungguhnya diri ini sangat menyayangi kalian InsyaAllah ikhlas kerana Allah
Semoga persahabatan kita adalah persahabatan yang mendapat RedhaNya.
Kerana persahabatan ini adalah persahabatan yang tertaut kerana satu Aqidah yang sama..

Salam rindu dan sayang buat semua yg mengenaliku

Thursday, October 9, 2008

Dalam Sujud Terakhirku


Dalam sujud terakhir ku...
Dalam sujud terakhirku ya Allah...
Ku teriakkan Asma-MU sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku...

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering air mata ini
namun basah ladang hati yang gersang.

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman..
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mengcengkam jiwa yang lusuh.

Dalam sujud terakhir ku Ya Rahim..
biarkan aku patah dalam cahaya Mu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali kedalam pelukan HidayahMu.

Dalam sujud terakhir ku...
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

Sahabatku..akan ku teruskan perjuangan ini..

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Interesting..