--<@Ahlan Wasahlan@>--

Tuesday, December 21, 2010

...Faqirnya aku...

Tazkirah hikmah:
"Insan berjiwa hamba mempunyai dua mata di wajahnya mungkin jua tidak mempunyai mata di wajahnya untuk melihat dan memandang seluruh urusan dunianya..tetapi mempunyai mata yang lebih tajam iaitu mata hatinya untuk menilai serta melihat semua urusan dunia dan akhiratnya...jika hati yang dimiliki itu jernih dan suci dari mazmumah,maksiat dan dosa"

Monday, December 13, 2010

..lukisan rindu buatmu..Ya Rasulullah...

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya
Lukisan rindu yang terlantar di wajahku
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua


Mengalir mutiara suci di pipiku
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaatmu
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah


Ku baca sirahmu
Ku hayati kata katamu
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat


Ku andaikan diriku berada di sisimu
Namun ku langsung terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..


Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna
Ya Rasulullah..


Ya Allah..

Tuesday, December 7, 2010

~Hijrah ini...~

Hijrah ini..
Tiada yang menemani
melainkan sepi

Hijrah ini..
Tidak ku sendiri
DIA sentiasa menemani

Hijrah ini..
ku hargai..
kerana ku masih disini
dibumi Ilahi
mencari diriku kembali

Hijrah ini..
ku insafi..
kerana ku menyedari
akhirnya ku tetap sendiri

ku Damba CintaMu
ku Damba RinduMu
ku Damba MaghfirahMu
ku Damba RedhaMu
Ya Rabbul Izzati...

Monday, December 6, 2010

1432 HIJRAH- “TAUBAT DAN BERUBAH..adakah masih ada lagi ‘esok’ untukku?”

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillahirabbil’alamin..lafaz kalimah indah yang penuh makna sering dilafazkan setiap waktu dalam solat..Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbhi ajmain..
Tahun Baru hijrah bermula..1432 H mengingatkan bahawa umur kian bertambah namun umur sememangnya bertambah setiap detik dan ketika..

Dalam tahun baru hijrah ini marilah kita bersama sama muhasabah dan mengubah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik dan melaksanakan segala suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Setiap manusia yang Allah ciptakan disulamkan dengan kelebihan dan kekurangan masing masing. Allah mengurniakan manusia itu ada akal, hati,pancaindera dan hawa nafsu . Dalam mengubah diri untuk menjadi lebih baik dari semalam perlu adanya mujahadah yang tinggi dalam diri untuk melawan hawa nafsu serta bisikan bisikan syaitan yang jahat dan menyesatkan.

Bagaimana caranya..?
Allah telah beri buku panduan paling berharga yakni Al-quran dan sunnah melalui perantara utusanNya-Rasullullah SAW. Maka dengan panduan yang diberikan itu gunakanlah sebaiknya. Bacalah dan fahamilah Al-Quran, hayati sirah Rasulullah SAW..Bersihkan hati dari sifat mazmumah, lazimi zikir mengingatiNYA…

Segala nikmat yang Allah berikan hendaklah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan Khalifah didunia ini . Panduan yang diberikan perlu diikut sebagai bekalan amal untuk menetap di negeri abadi (akhirat) kelak. Firman Allah SWT,
Maksudnya:
“Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.”
(surah Al-A’raf : 179)
Subhanallah..Allahuakbar..Didalam Al-Quran itu terdapat banyak ayat-ayat cinta dari Pencipta Yang Maha Agung berbentuk peringatan kepada hambaNya…Muhasabah diri kembali, merenung betapa kerdilnya hamba, betapa banyaknya dosa yang dilakukan..dan betapa jauhnya diri dariNya, dari RahmatNya, dan dari RedhaNya…

Segalanya masih belum terlambat..TAUBAT DAN BERUBAH”

Ayuh kita bersama..! bermula saat ini, mari mengubah diri..jangan lengah dan bertangguh untuk menjadi insan yang baik kerana kita tidak tahu bilakah kita dijemput menghadapNya..(ADAKAH MASIH ADA ‘ESOK’ untukku..?)
Mari bersama kita melakukan hijrah kepada kebaikan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara..usaha dan terus berusaha kerana Allah tidak melihat hasilnya tapi Allah melihat sebanyak mana usaha yang kita lakukan.Semuanya pada kita sama ada mahu atau tidak.Usaha yang dilakukan perlu diiringi dengan doa dan pengharapan padaNya..

Usahakan segalanya dengan nilai taqwa dan ehsan dalam jiwa. Sekecil kecil perubahan akan membawa kepada perubahan yang besar. Semoga kehidupan kita semua diredhaiNya dan dirahmatiNya..INSYAALLAH..

Mulakan sekarang! Berjuanglah untuk islam dan merindui syahid di jalanNya..

Wallahualam

~Senyum mujahidah menuju syahid~
*perkongsian dan peringatan buat diri yang menulis terutamanya.

Interesting..