--<@Ahlan Wasahlan@>--

Thursday, November 11, 2010

..tazkiatunnafs..munajatku...

...Tidak ku damba cinta selain CintaMU Tidak ku mengharap redha selain RedhaMU
Tidak ku rindu selain Belaian Rahmat dan Kasih SayangMU
Tidak ku merayu selain merayu dan memohon maghfirahMU...


Ya Rabbi..ku bisikkan kerinduan..
Keinsafan..pengharapan
Ya Rabbi..ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Bisikkan ku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Ada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku


Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku


Ku rindukan PimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
KebesaranMu pada kudratMu
Ia membina rohaniku


Ujian kepahitan dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman


YaRabbi Ya Ilahi..
Hidup dan Matiku hanya untukMU..
Kuatkanlah hatiku..imanku dan langkah kakiku
Meneruskan langkah menjadi hambaMU yg solehah..
Tiada yang lain tempat ku berharap dan memohon
Melainkan Engkau, PENCIPTA kepada hamba kerdil ini..
Dan..hanya Engkau yang memahamiku..
Hanya PADAMU tempat ku kembali..





"Ya Allah..Sesungguhnya aku mohon kecintaanMU, dan kecintaan sesiapa yang mencintaiMU, dan amalan yang mendekatkan daku kepada kecintaanMU. Ya Rabbi..Jadikanlah kecintaanku kepadaMU melebihi cinta pada diriku, ahli keluargaku serta air yang sejuk."



(riwayat At-Tirmizi)

Tuesday, November 9, 2010

GUNUNG BERAPI DI NEGARA ORANG, BANJIR KILAT DI NEGARA SENDIRI..



Gunung Merapi, Jakarta, Indonesia terus menghamburkan awan debu, banjir di kawasan utara Malaysia tidak kurang hebat beraksi sehinggakan diberitakan seorang penternak kerugian hampir setengah juta dek ayam ayamnya tenggelam dan lemas kerana banjir.
SubhanAllah.Allahuakbar.. Peringatan demi peringatan Allah berikan pada umat manusia.

Seringkali kita lupa dan alpa maka Allah berikan ujian dan peringatannya untuk kita kembali padanya. Peringatan demi peringatan diberi dari yang hidup telah pergi, yang baru dilahirkan semakin meningkat dewasa, yang muda menjadi tua , yang tua semakin hampir ke penghujung usia..Begitulah dari zaman ke zaman, generasi ke generasi, masa ke masa seterusnya sehingga datanglah hari terakhir umur dunia yang sementara…Dan pada masa itu penyesalan yang ada, taubat yang dihamparkan tidak berguna lagi..
Firman Allah swt;

Maksudnya,

“ Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (pengajaranKu) maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Lalu dia berkata: “ wahai Tuhanku, mengapakah Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta padahal aku dahulunya dapat melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu dilupakan”
(Surah Toha: 124-126)

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan kesemua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang diberikankepada mereka, Kami ambil kesenagan itu daripada mereka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa”.
(Surah Al-An’am:44)
Seharusnya peringatan yang diberikan harus diambil cakna oleh para manusia, pemimpin negara khasnya, perlu menilai dan merenung kembali setipa kejadian yang berlaku.Dari sudut pandangan berbeza, bencana lam yang berlaku bukan hanya disebabkan factor geografi atau perubahan monsun dan sebagainya.Ia harus dilihat dan dikaitkan dengan peringatan dari Allah tentang bagaimana keadaan dunia yang ditadbir oleh manusia kini. Adakah ianya bertepatan dengan syariat serta panduan yang diberikan oleh Allah.

Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah dan memakmurkan bumi ini dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran berdasarkan pancaindera, hati dan akal yang Allah berikan untuk digunakan sebaiknya dalam urusan mentadbir.

Di Malaysia khususnya, selepas kemenangan di Galas dan Batu Sapi dalam pilihanraya kecil yang lalu, pemimpin negara perlu menjadikan kemenangan ini sebagai satu misi perubahan untuk kesejahteraan rakyat. Bukan hanya dari apek kebajikan harta dan kesenangan tetapi juga hak rakyat yang perlu ditunaikan iaitu menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah terutamanya.

Sangat mendukacitakan sekiranya soal harta benda dan kepunyaan serta hak sampingan diutamakan tetapi hak rakyat serta amanah kepimpinan tidak dilaksanakan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya terdapat perkara kemungkaran yang dilakukan oleh beberapa orang penduduk, kemurkaan dan azab Allah yang datang akan melanda keseluruhan kawasan itu jika tiada peringatan dan tindakan yang diambil untuk mencegah kemungkaran itu. Maka dengan wajarnya dan tanggungjawab pemimpin bersama rakyat yang ‘sedar’ perlu saling ingat mengingati serta melakukan perubahan..

Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan..
Masuklah kedalam islam keseluruhannya..
Janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan
(tidak mengambil semua adalah mengikuti langkah-langkah syaitan)(Al-Baqarah:208)
Letakkan keredhaan Allah dihadapan bukan keredhaan manusia..
Bersama memartabatkan islam di negara kita..
Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari Bala bencana dan azab siksanya..

Firman Allah swt;

Maksudnya,

“Demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya (ISLAM), sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi, mereka mendirkan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baikdan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah akibat segala urusan”.
(Surah Al-Hajj: 40-41)

-wallahu'alam..-

sekadar perkongsian pandangan dan peringatan bersama-

Interesting..