--<@Ahlan Wasahlan@>--

Tuesday, December 30, 2008

Selamatkan Palestine!!


BANDAR GAZA 28 Dis. – Israel melancarkan serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal hari ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.
Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.
Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.
Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.
Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.
Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.
Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.
Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.
Bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.
Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.
“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.-utusan online-


---Ya Allah Selamatkan Palestine---






Monday, December 29, 2008

..epilog seorang hamba..


Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji KeAgungan Tuhan Pencipta
Menginsafi kedhoifan

Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertundukku pasrah sedih ku menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambaMu
Berikanlahku kekuatan
Mengharungi mehnahMu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidupku
Terimalah oh taubatku penghapus segala dosaku

Ya Karim,Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Deruan ombak menghempas pantai
Bergelora di pukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia...

-brothers-

Sunday, December 28, 2008

...Salam Maal Hijrah...


Awal muharam bagi umat Islam adalah apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama saidina Abu Bakar,baginda digantikan oleh seorang pemuda berani,saidina Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, saidina Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, saidina Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi Muhammad S.A.W.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan saidina Abu Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranjau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan saidina Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar namanya ke Madinah.Ketibaan Baginda Rasulullah S.A.W disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.


-di edit sedikit drpd..-Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi-www.iLuvislam.com-Suhail Ahmad-

Doa Awal Tahun Hijrah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarganya dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim dan azali dan dengan segala kelebihanMu yang melimpah, kami memohon dengan kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami daripada syaitan yang direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan kepadaMu atas hawa nafsu kami yang sentiasa mendorong kamike arah kejahatan dan kami memohon pertolonganMu dalam melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu.

Ya Allah! Tuhan yang mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatanMu Wahai Tuhan yang Maha Gagah lagi Maha Tinggi.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab seksa api neraka.Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Menyerahkan segala perkara kepada Allah, bertawakkal kepadaNya dan berpegang teguh terhadap janjiNya merupakan hasil daripada keimanan yang kuat, teguh dan matang. Berbaik sangka kpd Allah, redha terhadap apa yg telah ditentukanNya serta menanti kemenangan daripadaNya dengan penuh kesabaran di iringi dengan usaha yg gigih tanpa erti putus asa adalah hasil yg agung drpd sebuah keimanan yang kuat dan ianya juga adalah sifat2 seorang mukmin.

Pada saat seorang hamba merasakan ketenangan sesuatu akibat dan dia selalu berpegang teguh kpd Rabbnya untuk setiap keadaan yang dialaminya, maka dia pasti mendapat bantuan , pertolongan ,petunjuk, sokongan dan perlindungan daripada Allah .Apabila pertolongan Allah telah disinarkan dan diberikan kepadanya, maka hamba itu akan tidur dengan tenang dan hamba yang beriman serta bersyukur pasti akan tidak lupa untuk berterima kasih dan bermunajat kepada Rabnya dikala ia senang dan bahagia.

Jika dilihat pada kisahNabi Ibrahim a.s yang dilemparkan ke dalam api membara,Nabi Ibrahim berkata: “cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Begitu juga dengan sirah Rasulullah SAW, ketika baginda dan para sahabat diancam bunuh oleh kafir, baginda Rasulullah SAW dan para sahabat membaca:

Maksudnya:
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”
( Al-Imran: 173-174)

Perjalanan kehidupan ibarat sebuah mimpi yang hanya seketika keindahan dan keperitannya. Segala cabaran dan rintangan dalam kehidupan adalah termasuk ujian kesenangan dan kesusahan yang semestinya memerlukan mujahadah yang tinggi untuk berhadapan dengan semua ujian itu. Manusia hanya hamba yang diciptakan dengan segala kekurangannya dan ia pasti tidak mampu berhadapan dengan ujian yang diberi dengan sendiri. Maka disitulah indahnya ciptaan Allah yang Maha Agung memperlihatkan betapa perlunya manusia itu berpaut pada Penciptanya kerana ia hanya hamba yang tidak sehebat Penciptanya. Manusia tetap memerlukan Allah.

Manusia sememangnya inginkan keindahan dan pelbagai keinginan yg lain.Manusia juga akan mudah putus asa apabila keinginan dan hasrat mereka itu tidak tercapai.Namun manusia itu sering lupa betapa banyaknya nikmat dan kurniaan Allah yang telah diberikan padanya yang tidak dpt dihitung oleh akal manusia itu sendiri.Apabila sesuatu yg diingini oleh manusia itu tidak tercapai,maka kegagalan itu juga merupakan satu ujian untuk mengukur keimanan dankesabaran hambaNya.ia juga adalah satu nikmat kasih sayang yang diberi oleh Allah padanya menunjukkan bahawa Allah amat menyayanginya kerana apabila manusia itu di uji, ia akan kembali dan mengadu padaNya dan menunjukkan Allah tidak lupa padanya.Maka kerana itu ia diuji.

Kekuatan seorang hamba dalam menghadapi ujian Ilahi adalah dengan beriman dan bertawakkal serta menyerahkan semuanya pd Allah.Perlunya seorang hamba itu yakin dengan janji Allah dan memohon bantuan dan pertolongan padaNya tanpa jemu dan putus asa.

Maka disaat anda berada didalam kesulitan,kesusahan,kesedihan, ketakutan dan nikmat kesenangan sekalipun bacalah:

حسبنا الله ونعم الوكيل
Ertinya:
“Cukuplah Allah Menjadi Penolong kami dan Allah Adalah Sebaik-baik Pelindung”-

Hakikat di sebalik kegagalan dan ujian itu tersirat banyak hikmah yang mungkin tidak dapat difikirkan dan ditafsirkan oleh manusia itu sendiri.Dan ingatlah sesungguhnya Allah sentiasa membantu dan menolong hamba hamba yang memohon pertolonganNya..Bersabarlah kerana hari itu pasti akan tiba..jika bukan didunia ini..ia pasti diberi diakhirat kelak..InsyaALLAH

SUMBER=30 punca kebahagiaan hidup-Dr. ‘Ai’dh Bin Abdullah Al-Qarny
=22 Dosa hati manusia-Drs.Hj .Hanafi Mohamed, MA
-Hjh.Siti Zaimah Ab.Rahman

Friday, December 12, 2008

Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilah ku dengan nur imanMu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon magfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana bumi di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari di belenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Bimbinglah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku
Didalam kegelapan

Aku kan kembali padaMu Rabbi
Menghadapmu Ya Rabbulizzati
Segala ketentuan ku pasrahkan
Di hujung penghayatan...

..ia yang Kau beri..

Ya Allah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
bantulah hambamu ini
hanya padaMu aku memohon pertolongan

aku lelah dan letih
asyik tersungkur rebah tidak bermaya
bisikan putus asa seringkali menyapa
neuron neuron bergerak
menyampaikan maklumat
akhirnya ditafsir.."jgn bangun"
maka..menanglah bisikan itu..


namun Ya Allah..
aku bersyukur..nikmat iman
masih Engkau berikan
bisikan yang menyapa hanya sementara
iman berjaya menongkah jasad untuk bangun
Semuanya Hanya KERANAMU YA ALLAH
Semuanya Dengan KUDRATMU YA ALLAH


aku pasrah dan redha Ya Rabbi
kerana aku tahu
ia yang Kau beri
mengajar ku erti kehidupan
ia yang Kau beri
menggambarkan betapa Kau menyayangiku
ia yang kau beri
membawa ku dekat padaMu
dan..
ia yang kau beri
sememangnya mampu untuk ku hadapi..


Tetapkan hatiku pada jalan agamaMU
Tetapkanlah hatiku pada ketaatan kepadaMU


ku damba redhaMu Ya rabbi
ku damba rinduMu Ya rahman
ku damba cintaMu Ya rahim
hanya padaMu tempat aku mengadu
hanya Engkau yang memahami hambamu
dan hanya padaMu aku kembali..

Thursday, December 11, 2008

Pesonanya Taubat..

..sebuah buku yg amat comel..melakarkan tulisan indah tentang taubat..

..Hidup manusia tidak terlepas dari tempias maksiat,melakukan dosa n kesilapan serta bisikan nafsu jahat yg tidak berhenti membisik seperti bisikan iblis yang tidak berhenti mengajak manusia,membisikkan kata kata indah tentang keindahan dunia yg sudah pasti hanya seketika..
...adakalanya manusia itu akan bertahan n memenangi perlawanan antara iman n bisikan-bisikan jahat tersebut dan adakalanya ia akan tewas n tersungkur dalam lumpur kemungkaran yang dianggap seperti syurga dan fantasi dalam dunia khayalan buatan manusi itu sendiri..dan dunia serta fantasi itu amatlah buruk disisi Allah..

Bertaubatlah segera n taubat itu bukan sahaja untuk hati yg telah hitam n legap,keruh dipenuhi dengan titik hitam noda serta dosa..malah taubat itu perlu setiap hari..beristighfarlah setiap hari n setiap kali sebelum n selepas solat n bila-bila sekalipun,dmana sekalipun ingatlah Allah n muhasabah diri..Sinarkan hati dengan nur Ilahi n "lutsinarkan ia agar ia mudah di tembusi nur ilmu..jauhi n hindarkan diri dari godaan n perhiasan duniawi yg melalaikan dr mengingati ILAHI..

Sesungguhnya taubat adalah kemuncak tertinggi peghambaan seoarang insan kepada PENCIPTA YG ESA serta ianya adalah untuk kebahagiaan ddunia n diakhirat.

-pesonanya taubat-adil akhyar-darulnuman-
http://www.darulnuman.com

Tabahkan hati dengan ujian Ilahi


Dua hari lepas..hp ku menerima sms yang dlm maksdnya pd tuanpunya hp..dan ianya telah diubah suai sedikit,oleh tuanpunya hp..

...hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar seorang manusia yg sempurna..banyak yg perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan...sekali langkah tersadung,rebah menyembah n terasa sakitnya..sekali langkah gagah,tersenyum.. bersyukur, bahagia n ceria...tetapi semua itu memerlukan pengorbanan..menuntut kesabaran dan airmata..Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah gusar pada "anugerah Ilahi"..anggaplah bila sesekali di duga n di uji,itu hanya sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi sesempurna insan....

Buatmu sahabat n saudaraku seislam..jga buat semua yg membaca..ingatlah..

"Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..Jika keampunan yang didamba,gerbangnya setia menanti..Usah gusar dugaan dihadapan..andai hati nekad mengejar Cinta Ilahi..."

wallahua'lam..

Wednesday, December 10, 2008

buatmu ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
ibu Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu..

buatmu ayah

ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku
terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu melihat ku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati.....

mengapa ibu menangis..

Mengapa Ibu Menangis ?>> Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,> mengapa ibu menangis ?".> Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."> Saya tidak mengerti," kata si anak lagi.> Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.> "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......">> Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.> "Ayah, mengapa ibu menangis ?"> Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."> Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.>> Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya,> mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat> petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.>> Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.>> Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.> Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang> sedang tidur.>> Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan> sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......>> Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah> di saat semua orang berputus asa.>> Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,> sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.>> Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua> anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai> perasaan dan hatinya.>> Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.> Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.>> Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa> kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang> melindungi setiap hati dan jantung wanita ?>> Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai> tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji> kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan> menyayangi.>> Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan> perasaannya....... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar> dapat digunakan di mana ia inginkan.>> Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!>> Ini airmata kehidupan.

Interesting..