--<@Ahlan Wasahlan@>--

Tuesday, August 24, 2010

Mahasiswa ohh mahasiswa.!..Dimanakah kalian..??

Khas Buat mahasiswa muslim..
Sejak awal Ramadhan menggerakkan langkah ke surau kolej kediaman Universiti dan Masjid Universiti dengan tujuan melaksanakan solat maghrib, isya' dan sekaligus terawih yang hanya ada pada RAMADHAN..alangkah bahagianya jika dapat melihat saff2 solat dipenuhi dengan hamba-hamba Allah....Namun sedihnya melihat..masjid dan surau suram dan tidak penuh. Berfikir sejenak..kemanakah mahasiswa yang memenuhi universiti tercinta..dimanakah mereka..??
Mungkin ada di antara mereka yang menjenguk jenguk ke masjid dan surau diluar..atau..mungkin ke kelas..mungkin dibilik siapkan tugasan atau assignment..shopping kompleks?mungkin juga..mungkin dibilik..tertidur setelah kekenyangan berbuka puasa bersama sama teman di restoran-restoran atau kafe atau kedai makan..mungkin dan mungkin yang bermacam macam..Diluar..rata-ratanya surau dan masjid dipenuhi dengan jamaah yang menunaikan solat, tetapi universiti..?emm..mahasiswa...??fikir n zikir..

Bulan Ramadhan yang penuh dengan peluang dan ruang..ambillah peluang dan ruang serta ganjaran yg Allah berikan pada waktu ini..Manusia semakin tamak dan rakus mengejar ganjaran dan keindahan sementara iaitu dunia..Ganjaran akhirat yang kekal abadi hanya di pandang sebelah mata sahaja atau tidak pandang langsung..dipandang sepi dan dipandang remeh..
Nauzubullaihiminazzalik..jika kita berpuasa pada siang hari, namun solat lima waktu ditinggalkan,maksiat dilakukan..alangkah ruginya diri..berbuka puasa dengan pembaziran, berlebihan dan kemudian kekenyangan..apabila kenyang..maka solat maghrib dilewatkan atau ditinggalkan dengan alasan tertidur akibat terlalu banyak makan..Isya' ..entah ke mana...tadarrus..terawih..lagi..hanya dalam mimpi..

wallahualam..


Bertaubatlah..Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi..

Sahabat mahasiswa muslim khususnya..
Marilah sama2 kita ambil kesempatan dan peluang yang masih ada..keberkatan yang ada pada bulan ini ambillah sebelum terlambat
Sucikan hati dan jiwa
Agar ilmu mudah menembusinya..
kerana ilmu itu ibarat cahaya yang hanya dapat menembusi hati yang lutsinar (bersih dan suci) berbanding dengan hati yang gelap (legap)..

Perbetulkan niat hanya kerana Allah dan jadikan redha Allah matlamat utama anda membuat sesuatu perkara..
Matlamat yang paling jauh adalah mardhatillah (redha Allah)..InsyaAllah di tempat yang kekal abadi kelak akan berjaya dan beruntung..

Firman Allah..
Maksudnya:

" Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman dan bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu."

(Surah Muhammad :36) = (47:36)
-perkongsian dan peringatan bersama-
-saudara kamu dalam islam-












Interesting..