--<@Ahlan Wasahlan@>--

Tuesday, September 23, 2008

Layar Kehidupan


Hidup ini bagai arus
Mengalir deras tanpa haluan
Tersesat di jalan kemungkaran
Kembali segera ke jalan Tuhan
Bersabarlah dengan dugaan
Serta ujian yang pastinya
Perlukan ketabahan dan kekuatan
Tingkatkan azam penuh keyakinan
Inilah taman dunia
Penuh dengan pelbagai keindahan
Bak zahrah yang menawan
Memikat pencintanya
Dengan keindahan yang sementara
Tapi awaslah teman
Ia pasti kan layu
Gugur di bumi Tuhan suatu masa
Bekalan hidup di maya ini
Kasih Ilahi yang kita cari
Quran dan Sunnah kita hidupkan
Iman dan taqwa jadi pegangan
Ayuh kawan marilah teman
Janganlah kita ketinggalan
Bersatu padu bergandingan tangan
Tegakkan Islam ke seluruh alam
Hidup ini sementara
Penuh dengan pelbagai pancaroba
Bak layar di lautan
Yang dipukul gelombang
Terumbang-ambing tiada haluan
Maka ingatlah teman
Carilah jalan pulang
Menuju keberkatan keredhaan
Kepada Allah..
-G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S-

Monday, September 22, 2008

Berjuang memang Pahit..Kerana Syurga itu manis..

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada. Mahu atau tidak, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.
Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Buat jundullah-jundullah sekalian..jgn putus asa n teruskan perjuanganmu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawamu.Jangan gentar dengan musuh2 yang menentang dan Ingatlah bahawa JANJI ALLAH itu BENAR n Pertolongan Allah pasti akan tiba.

''Sesungguhnya indahnya berada dalam bahtera perjuangan dan nikmat ini tidak dpt dirasakan oleh org2 yang tidak berada didalmnya"..

Firman Allah yang bermaksud,
"Sekiranya yang (kamu serukan kepada mereka)ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, TETAPI tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "jikalau kami sanggup nicaya kami berangkat bersama-mu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar2 org2 yang berdusta."
(At-Taubah:42).

TAKBIR! ! ALLAHUAKBAR..!!

PeNeRbAnGaN tErAkHiR...

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempat berlepas : Kehidupan dunia ·
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi. ·
Destinasi : Akhirat ·
Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat ·
Masa Tiba : Ketika dan selepas Nyawa di cabut ·
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian keranamereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan diduniadan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yangdikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas,dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qurandan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati.
Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
* 5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :- - Amal soleh - Sedekah jariah - Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya - Ilmu yang manfaat

PERHATIAN
* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
SAAT DAN WAKTU BERLEPAS
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
DIULANG
Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kamiuntuk menabur khidmat sepada anda semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;
Ertinya : "Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

Wednesday, September 3, 2008

Guess What??

Hey, passer by!
Look at me..
What you are..Once was I..
What I am..you will be..

Think of it...

Interesting..