--<@Ahlan Wasahlan@>--

Wednesday, October 20, 2010


Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahirabbil’alamin segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi ruang dan peluang beramal di dunia yang sementara sebagai tempat membuat bekalan diakhirat yang kekal abadi kelak.
Membentuk diri menjadi seorang hamba Allah yang benar benar beramal untuk menegakkan kalimah Tauhid dimuka bumi Allah ini adalah bukan sesuatu yang mudah dan ianya juga bukan sesuatu yang sukar. Segalanya perlu bermula dengan diri sendiri. Amanah yang telah diberi oleh Allah serta telah diterima saat baiah pertama sebelum dilahirkan perlu sentiasa di ingatkan ke dalam dan difahami.
Asas pelaksanaan sesuatu amal itu adalah faham. Dengan kefahaman mengapa kita diciptakan maka akan terbitlah amal yang selari dengan sebab penciptaan itu.


Allah berfirman,

Maksudnya:
“ Sesungguhnya aku akan menjadikan manusia (di muka bumi ) sebagai khalifah”
(Al-Baqarah:30)

Dan Firman Allah lagi

Maksudnya:
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepadaku”
(Az-Zariyat:56)

Manusia dijadikan didunia ini tidaklah secara percuma dan sia-sia tanpa tanggungjawab dan tugas. Kita haruslah menyedari, diri yang mengakui seorang muslim, daie, mujahid dan mukmin perlu sentiasa meningkatkan kualiti dirinya untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah juga menjadi pemimpin atau khalifah dimuka bumi ini. Tugas dan tanggungjawab seorang khalifah itu tidaklah mudah dan sebagai hamba, kita perlu bimbingan dan bantuan dari yang Esa. Persoalannya bagaimanakah untuk mendapat bantuan dan bimbingan dariNya..?Segalanya bermula dengan pergerakan amal dan permohonan padaNya melalui ibadah.
Ibadah yang sempurna dapat membawa hamba itu mencapai objektif mengapa ia diciptakan iaitu mengabdi diri kepadaNya dan ia berkaitan dengan soal tanggungjawab dan kepimpinan. Ibadah yang sempurna dapat membentuk individu yang baik dan sempurna. Dalam pembentukkan organsasi dan kepimpinan ia akan membawa pengaruh yang amat besar dalam mencorakkan masyarakat melalui ‘sibghah rabbaniyyah’ iaitu celupan Allah.


Firman Allah,

Maksudnya:
“Sibghah Allah” siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
(Al-Baqarah:138)

Menyentuh serba sedikit hakikat kita yang berada dalam gerakan islam ini sewajibnya menjadikan ibadah kita selari dengan gerak kerja yang dilakukan. Segala gerak kerja yang dilakukan dikira ibadah jika kena pada kaedahnya. Bermula dengan niat melaksanakan sesuatu pekerjaan, seterusnya melihat dan meneliti semula adakah pekerjaan yang dilakukan menyebabkan tertinggalnya perintah Allah yang wajib(ibadah khusus) seperti meninggalkan solat atau melewatkannya dek disebabkan mengejar ibadah umum (amalan dan aktiviti kehidupan manusia didunia) atau pekerjaan tersebut pekerjaan yang memungkiri larangan Allah.
Secara kesimpulannya, untuk mengabdi diri dan menjadi khalifah dimuka bumi ini, perkara utama yang perlu dilihat adalah sejauh manakah kita faham dan menghayati sebenar benarnya tujuan kita diciptakan. Ini akan berbalik semula kepada persoalan adakah kita benar-benar org islam yang beriman iaitu orang yang bnar-benar berikrar dengan hati, mengakui dengan lisan dan melaksanakan dengan amal ibadah atau kita hanya mengakui kita orang islam yang beriman tetapi amal dan ibadah kita tidak seperti orang yang beriman. Amalan kehidupan di dunia adalah penting kerana ia penentu destinasi di akhirat.Jelasnya, orang yang meletakkan matlamatnya akhirat adalah lebih beruntung berbanding orang yang meletakkan matlamatnya dunia semata.Ini kerana ia akan bekerja didunia untuk bekalan diakhirat kerana akhirat adalah kekal abadi dan sesiapa yang matlamatnya hanya dunia, maka ia hanya akan mendapat ganjaran didunia sahaja kerana dunia itu sementara dan sedikit berbanding akhirat.


Firman Allah

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, “berangkatlah (untuk berperang dijalan Allah,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan didunia daripada kehidupan diakhirat?Padahal kenikmatan hidup didunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
(At-Taubah:38)

Akhir kalam, Saya menyeru dan mengingatkan pada diri saya terutamanya juga sahabat dan sahabiah sekalian! Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan dan ibadah dan serulah kepada yang lain dalam kebaikan dan kebenaran.Membagun diri bersama ummah untuk mengangkat martabat manusia sebagai khalifah di muka bumi Ilahi mahupun dalam keadaan ringan ataupun berat.Berjuang menegakkan islam bukan pilihan tapi adalah satu kewajipan.Wallahu’alam..

*sekadar perkongsian dan ingatan buat diri terutamanya..

Do all the good...

Do all the good you can
By all the mean you can
In all ways you can
In all places you can
At all the time you can
To all the people you can
..As long as ever you can...



Interesting..