--<@Ahlan Wasahlan@>--

Friday, March 30, 2012

2 days...

2 days...
to go...
wish to be good...
wish to be cool...
wish to be strong...

A thousand miles...
One litre of tears...
moving forward...
@looking back...
wondering why...

Just...
It is....
Ignoring the past...
Working for future...

come back...
One in a million...


Saturday, March 17, 2012

..Maafkan diriku seawal diriku menumpang kasih sayangmu sehingga kini...

...Pandanganku..(Suami Soleh peneman paling selamat)(^_~)

..Kegiatan jenayah terhadap wanita pada zaman sekarang ni semakin berleluasa..lebih lebih lagi terhadap isu sensitif-rogol dan yang sewaktu dengannya-Walaupun dirumah sekalipun kaum hawa ini terdedah dengan bahaya-kes haruan makan anak-ayah rogol anak, abang rogol adik, anak rogol ibu, adik rogol kakak..sedara rogol sedara..ish..makin menjadi2 kes ni..disebabkan wayang2 durjana ditv yang mempamerkan drama dan filem yang menaikkan nafsu dan mendorong perbuatan maksiat dan sumbang mahram ini berlaku dengan halus..anak-anak gadis tidak lagi berani berada dirumah jika tiada ibunya..saat ibu pergi kerja..pasti..banyak perkara buruk boleh terjadi..Seseorang yang sepatutnya menjadi pelindung bagi mereka..tapi hampa..mereka pula yang dijadikan mangsa untuk memuaskan nafsu kepada 'pelindung mereka'..Jadi mereka pun keluar mencari kebahagiaan tersendiri..dan akhirnya...mungkin bahagia..mungkin juga derita..bahagia jika mencari ditempat yang baik dan betul..tetapi derita jika menjadi mangsa nafsu diluar.._renung dan fikir_

-sedikit komen-

Berdasarkan pengalaman hidup yang tidak seberapa..betul juga ulasan diatas..anak2 gadis x berani duk rumah..tp itulah..bergantung pada keluarga..jika ada iman dan taqwa..pasti akan menjadi baiti jannati..membentuk keluarga adalah sangat penting dan berterusan..bermula dengan mendidik diri memahami islam, iman dan ihsan..mencari suami @isteri yang solehah..berupaya melahirkan anak2 yang soleh dan solehah..namun benarlah bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka..iman x dapat diwarisi..tetapi iman dapat terus dibajai supaya ia sentiasa subur..selepas kahwin..usrah keluarga, sentiasa saling ingat mengingati..saling faham memahami..menjadi ayah dan ibu harus memahami perasaan sebagai seorang anak..seorang anak harus memahami perasaan ayah dan ibu..tetapi untuk memahami bahawa anak memahami kta..tidak seharusnya..kerana mereka tidak mempunyai pengalaman menjadi ayah @ibu..tetapi kita..kita pernah menjadi seorang anak...logiknya..kita pernah merasai perasaan seorang anak..(^_^)..kita harus memahamkan anak2 tentang islam iman dan ihsan..dan selari dengan melakukan @mengamalkannya..anak2 akan menilai dan menuruti kata orang tuanya apabila org tuanya melakukan @melaksanakan seiring dgn apa yang mereka nasihatkan pada anaknya..adakah boleh sang ketam mengajar anaknya jalan lurus sedangkan ia jalan senget..mungkin perumpamaan terlalu jauh..adakah seorang anak akan mengikut kata ibunya" pakailah tudung" sedangkan ibu itu tidak memakinya..?..jd..hakikat menjadi ibu bapa sangat besar tanggungjawabnya...mendidik anak2 dgn baik tanpa rasa benci dan mengikut rasa hati..mendidik berpandukan cara Rasulullah mendidik..penuh hikmah..berkasih sayang dan menghormati antara satu sama lain..(^_~)..walaupun terhadap anak..supaya ikatan kasih dan sayang dan sentiasa selamat bersama ibu bapanya..dirasi sang anak..(^_^)..

sekian-....(terfikir pula..antara banyak2 lelaki yang selamat untuk didampingi adalah yang bergelar-suami yang soleh-)..=)
p/s ...berazam membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah..Amin ya Rabb..Bantulah setiap hambaMu mencari bahagia dan keampunan dalam Rahmat dan kasih sayangMu..Amin..

Wednesday, March 7, 2012

almost lost..!! Don't worry..ALLAH is always with you..(^_^)

...A very long journey..met a lot of kind people..learn a lot of things...

...Seem hard at first...

...Patient (Sabar)..Prayer (Du'a)..Rely on Allah (Tawakkal)..

...As a gift...

...Alhamdulillah..Thank You Allah...

...I am happy again...

..(^_^)..

I am not walking alone..never alone...

you are never alone...
we are never alone...

ALLAH always be there
ALLAH is always with us....

..(^_~)..


ALHAMDULILLAH..THANK YOU ALLAH..

Friday, February 10, 2012

..Cahaya Selawat..

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya Rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

Solla 'alannabi..habibil musthofa..Ya Rasulullah Salamu'alaika...

Thursday, January 26, 2012

..Pengganti Bicara..



Dengan namaMu YA ALLAH..

hamba memohon maghfirah dan petunjuk dariMu Yang Maha Penyayang...

Ya Rabbul Izzati...
Tiada yang lebih mengerti perasaanku melainkan Mu
Tiada kekuatan untukku tanpa Kudrat dari Mu

Lidahku kelu memula bicara
Hanya padaMu hamba meminta
permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku

Ya Rahman...
Tiada secuit sekalipun untukku menyakitinya
Tiada niat untukku untuk tidak menghargainya
Tiada...

Ya Rabbul 'Alamiin...
Rendahkanlah suaraku baginya
Lembutkan bicara dan elokkan ucapanku dihadapan dan belakangnya
Indahkanlah watakku terhadapnya
Lembutkan hatiku untuknya
Lembutkanlah jiwanya untukku

Ya Rabbi...
Berilah Rahmat dan HidayahMu untuk mereka
Peliharalah, sayangilah dan kasihilah mereka
Sepertimana mereka memelihara dan menyayangiku dari ku kecil

Berilah mardhiyyah dan maghfirahMu untuk mereka
Sesungguhnya tiada ku mampu membalas segala jasa mereka

Maka Ya Allah...
Berilah mereka sebaik-baik balasan dan kebahagiaan
untuk segala didikan mereka padaku
Berilah mereka ganjaran pahala yang besar
untuk segala kasih sayang yang mereka limpahkan padaku


Ya Muhaimin...
Segala kesusahan yang mereka lalui
Penderitaan yang mereka alami
hilangnya sesuatu hak mereka kerana diriku
berilah keampunanmu untukku..

Ya Allah..
Jadikanlah itu semua penyebab berkurangnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala buat mereka
Sesungguhnya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan dengan berlipat ganda


Ya Rabbul 'Izzati...
Apabila magfirah-Mu mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul bersama
Dibawah kemulian, keampunan, rahmat dan hidayahmu

Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Agung
dan hanya Engkaulah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

Amin Ya Rabbal'Alamin...


Buatmu ayah dan ibu...
Dengarlah bicara hatiku..
Ampunilah segala dosa-dosaku..
Halalkanlah makan, minum. pakaiku
serta segala kasih dan sayangmu
Terima kasih kerana memelihara dan meyayangiku..

Keampunan darimu kupinta dari hujung ubun-ubunku sehingga ke hujung kakiku
Keredhaanmu ku pinta untukku medapat Keredhaan Pemilik jasad dan jiwaku..

-salam sayang dan rindu dari anakmu-

Tuesday, January 24, 2012

Jendela Hati

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini

..PadaMu Selamaya..


Tiada terdaya...
kini..
Hanya sekadar melihat..


Tiada kata terpana..
hanya hati berbicara..

Sekali lagi..
rebah tiada daya..

padaMu kuserah segala..

padaMU selamanya....

Monday, January 2, 2012

*..Buatmu Permata di Kejauhan..*

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

..Salam rindu dan sayang permata-permata berharga..
Selamat Tahun Baru yang 'kedua'..(masihi..)yang pertama??.. tentunya Tahun Baru Hijrah..walau apapun..kita masih belum terlambat untuk berazam baru dan meletakkan diri dalam kebaikan, berubah untuk menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik, memulakan kehidupan yang baru atau apa sahaja azam yang baik..masih belum terlambat....sebab?? ruang dan peluang untuk teruskan kehidupan masih diberikan..mata belum rapat terpejam, lidah belum terkedu berbicara, jasada masih berfungsi, sekujur badan masih belum berselimut putih..Tiada kata 'tidak ada masa lagi untukku berubah'

..Salam pembukaan yang bahagia di pagi hari..

...Salam imtihan buat adik-adik dan sahabat sahabat yang masih meneruskan langkah langkah perjuangan di mana mana sahaja..Semoga persediaan yang telah dibuat sebelumnya membantu kalian untuk menempuh ujian peperiksaan yang sedang berlangsung..

..sedikit perkongsian..
Persediaan dalam menghadapi ujian atau peperiksaan tentunya sangat penting untuk melakar kejayaan..insyaAllah..usaha dengan istiqamah dan ikhlas dalam setiap perkara kebaikan..Allah pasti membantu..
Firman Allah..
" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad:7)

membina keyakinan dengan mempelajari ilmu..membina kekuatan dengan kesabaran dan doa..membina kejayaan dengan usaha yang bersungguh..meletakkan pengharapan dengan keredhaan dan sepenuh tawakal padaNYA..

Berbalik semula persoalan bersedia..(^_^)

Pelbagai ragam dalam menempuh imtihan atau peperiksaan..ada yang berkata belum bersedia..ada yang bersedia dan sebagainya..meraih kejayaan dalam bab ilmu adalah penting..

Barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) dunia hendaklah dengan ilmu barangsiapa yang menginginkan (kebahagiaan) akhirat hendaklah dengan ilmu.barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu ..

Namun..i
lmu yg bermanfaat itu, adalah ilmu yg meningkatkan lg rasa takut kita kpd Allah..

Bersedialah dan berusahalah melakar kejayaan didunia dan diakhirat..Apabila berjaya, jangan dilupa pujian kesyukuran padaNYA...Sekiranya gagal didunia..jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana kegagalan itu permulaan kepada kejayaan..berusaha selagi masih ada waktu..Berubah dan memperbaiki kelemahan..Gagal didunia masih berpeluang berjaya diakhirat selagi masih ada harapan dan waktu..

..."saya takut lah nak exam"..kata A...."napa pula.."..tanya B...A menjawab..emmmmm..hehe.. ...pelbagai ragam musim peperiksaan..boleh dijadikan analogi...

seperti kematian..ada yang takut pada kematian..mengapa...?mungkin kerana kita tidak bersedia untuk menghadapinya..kerana kita tahu bekalan kita tidak cukup untuk menampung kehidupan disana..kematian hanyalah peprpindahan atau transit dari dunia sementara untuk ke kahirat yang abadi..dan transit ini tidak boleh berpatah balik sebab ianya sehala sahaja..macam macam ada kat transit ni..tapi semuanya sesuai dengan bekalan yang disediakan dulu..sebab transit ni tidak menyediakan apa yang kita nak masa tu..tapi dia keperluan tu kene booking awal awal masa kat dunia dulu..disini......report card ditunjukkan...

..Bersedialah untuk kematian (FINAL)..usaha beramal ibadah..melakukan perkara perkara yang baik dan sewaktu dengannya.. Lakukan Perubahan SEKARANG..!!! sEbElUM tErLaMbAt... ..Bila masanya tiba..I'M ready...to go...

Wallahualam..

sedikit perkongsian ingatan buat ingatan bersama terutama bagi yang menaip..semoga Allah permudahkan urusan kita didunia dan diakhirat..dan semoga Allah mengizinkan kita bertemu lagi kelak..InsyaAllah..jika tidak didunia..InsyaAllah diakhirat..

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Interesting..