--<@Ahlan Wasahlan@>--

Friday, January 30, 2009

fikir-fikirkanlah...

TAK MAHU BOIKOT...???!!!!

"Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dr punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb nabi ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite! boikot sesungguh mungkin ya akhi wa ukhti..

<http://cetusan-student.blogspot.com/2009/01/tak-mau-boikot.html>

Sahabat...


“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”


Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..
Hidup dan mati hanyalah untukNya….

Ya Allah, Jika aku..

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal dijalan-Mu…

Thursday, January 29, 2009

Harapan pada-Mu subur kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

sandaran cinta

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihNya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

Monday, January 19, 2009

..Cry For Freedom..

The fire is burning
We lay our weapons down to rest
The war ain't over
Till all the people are free

Straight from our heart we cry
This war has taken too many live
Because for the sake of freedom
We will be syuhada


Our sons will carry on
We will try our best
To keep our dream alive
And voices of Jihad will be heard
All around the world

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom


Our brothers in prison
But no crime was everdone
The children are taken away
Families are destroyed
And million have died from starvation


So stand up and cry for freedom
And let them know we are here
Stand up and cry for freedom
We fight to the last of our breath

Oh Allah..
we pray that maybe soon
Someday the Islamic world
Will smile again

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom

Oh Allah..
we have to continue fighting
We will never give up

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom..

Setiap kali

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Oh Tuhanku Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri iniSeandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

BOIKOT!!!











Wednesday, January 14, 2009

subuh oh subuh..


Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim) Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28) Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim). Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


www.iLuvislam.com

Friday, January 9, 2009

..Cukuplah kematian sebagai peringatan..

Pagi tadi, sekali lagi ana mendapat berita tentang sebuah kematian....hp berbunyi tanda mesej diterima mengejutkan ana yg baru terlelap.."Assalamualaikum kakak,uncle talib dah meninggal.ada kat hospital kajang.baru sekejap ni.." mesej ringkas dari umi terus membuatkan mata yg tadinya berat terasa segar..ditatap kembali mesej tersebut..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..perkataan pertama meluncur laju dibibir..subhanallah..benarkah apa yg ku baca??lantas tgn menaip kembali membalas mesej umi.."benarkah umi?uncle sakit apa?.."hati masih tidak percaya..umi membalas.."ya..mamy(makcik) kata batuk2,hantar p hospital,pastu dah takda.."jawapan ringkas yang ana terima membuatkan ana terkesima sebentar..

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UUN..astaghfirullahal'azim..ku raut wajah lantas bangun mengambil wuduk..bergetar diri saat itu..macam2 yg terlintas difikiran..ana takut untuk lelapkan mata selepas tu..

setelah ana mendirikan solat dan menyedekahkan Al-fatihah serta membaca yaasin..ana terfikir semula kenapa rasa takut ya..jawapannya banyak..serba sedikitnya..pertama, terlintas..bilakah pula hariku..keduanya..cukupkah amalku andai ku dijemput pulang sekarang..ketiganya..Pakcikku adalah adik kepada ayah dan raut wajahnya seiras ayah dan dia juga telah ku aggap sebagai ayahku...saat itu juga terbayang wajah ayah..subhanallah..seandainya ayah yang dijemput pergi..tabahkah aku menghadapinya..?..
..ana muhasabah diri seketika..

Al-fatihah buat arwah pakcik-Abdul mutalib Bin S.m Zalman..Moga amanlah dan bahagia pakcik disana..

Peristiwa kematian orang yang hampir dengan kita memberi kesan yang mendalam pada kita tetapi tidak begitu mendalam apabila orang yang ditimpa sesuatu musibah itu bukan orang yang rapat dengan kita..manusia sememangnya begitu..ibrahnya sesuatu itu akn diambil jika terkena pada diri sendiri..termasuk ana sendiri..

Peringatan buat semua..kita berubah dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita..Berbalik semula kepada isu palestine..Adakah kita merasai sesuatu apabila umat islam dibunuh dengan kejam??adakah kita pernah merasakan atau mengandaikan bahawa setiap insan di sana adalah ayah,ibu,adik,kakak,abang,pakcik,makcik, atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita?

Kematian itu sesuatu yang pasti dan setiap manusia pasti akan di uji tidak kira apapun bentuk ujiannya...Allah berfirman:

Maksudnya,
"Dan sungguh, Kami benar benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu."
( surah Muhammad:ayat 31)

Bagi diri yang masih diberi peluang melayari samudera kehidupan..layarilah ia dengan penuh manfaat dan penuhkanlah bahtera umur dengan amal kebaikan unuk bekalan disana kelak..teruskan perjuangan menegakkan syiar Islam dan menegakkan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH di bumi ini..
Sedikit sedikit lama lama jadi bukit..bersatu padulah dan bergeraklah secara berjamaah(beramai-ramai) menghancurkan musuh islam..!

Sumbangan yg kecil dan amaln kebaikan yg kecil itu dinilai oleh Allah begitu juga dengan sekecil2 zarah kejahatan yg dilakukan jga ada balasannya.Firman Allah:

Maksudnya,
"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(7).Dan barang siapa yang mengerjakn kejahatn seberat zarrah, niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(8)"
(Surah Al-Zilzal:ayat 7-8)
Sekadar perkongsian pendapat dan untuk renungan semua..

Pesanan penaja :..
1)mari kita bermujahadah dan bersatu padu membina INDIVIDU MUSLIM yang seterusnya akan berkembang biak mengakkan kalimah tauhid LA ILAHA ILLALLAH..
2)jangan beli barang2 yang diboikot..

TAKBIIRR!!!



Thursday, January 8, 2009

What we need to DO???


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan -Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan persatuan mereka pakatan mereka ,
Goncangkanlah pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu ke atas mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha menghukum,
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al- ahzab,
kalahkan mereka Ya Allah,
Kalahkan mereka Ya Allah,
Kalahkan mereka Ya Allah
Dan menangkanlah kami ke atas mereka..
Amiin..
Boikot israel!!!
Below are some from a list of brands that found out to DONATE money to ISRAEL ARMY.
So..WE NEED TO STOP BUYING from them in order to CRIPPLE the ISRAELI ECONOMY.
It may seem like a small thing to do and maybe it seem like not doing and effect anything..
BUT it is a start..
  • COCA COLA
  • HUGGIES
  • RIVER ISLAND
  • MC DONALDS
  • CLINIQUE
  • DISNEY
  • DONNA KARAN
  • STARBUCKS
  • GAP
  • GARNIER
  • PERRIER
  • KOTEX
  • SANEX
  • JO MALONE
  • LANCOME
  • LIBBYS
  • TCHIBO
  • LOREAL
  • MARKS & SPENCER
  • KLEENEX
  • MAYBELLINE
  • NESTLE
  • VITTEL
  • REVLON
  • WONDERBRA

Monday, January 5, 2009

-warkah buat ayah-



Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..ya Tuhanku Ampunkanlah dosa dosaku,dosa kedua ibubapaku,rahmatilah mereka dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku dan memeliharaku sejak kukecil hingga dewasa…

Buatmu ayahanda tercinta..Salam mesra terindah kukirimkan,Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,.salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,.salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar diwajah suci,salam penghormatan, kasih dan cinta yang tidak pernah pudar dalam setiap musim dan masa…

Ayah..
Hampir sebulan Iman berjauhan kembali denganmu..setiap kali mengingati ayah pasti airmata yang sudi jadi peneman iman..
Iman amat merindui ayah..
Ayah..
Iman minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa yang Iman pada ayah selama ini…
Ayah..
Ayah sihat.?ayah..Iman rindu sangat kat ayah..ayah rindu kat Iman tak?
Ayah..
Iman ingat lagi..masa kecil2 dulu,ayah selalu tunaikan apa yang Iman minta..dari dulu sampai sekarang ayah masih beri apa2 yang Iman minta..terima kasih yang tak terhingga ayah..
Ayah..
Iman sedih sekarang tapi Iman tak tahu kenapa..ayah..Iman nak bagi tahu ayah sesuatu..lepas baca surat ni nanti ayah jangan menangis ye..
Ayah..
Iman bukan seorang anak yang baik..Iman banyak sakitkan hati ayah..setiap kali Iman balik mesti Iman gaduh dengan ayah kan..Iman tahu ayah mesti sedih dengan perangai Iman kan..
Ayah..
Iman memang seoarang anak yang degil..Iman minta maaf lagi sekali ayah..minta maaf ayah..ayah mesti sedih kan setiap kali Iman menjauhkan diri dengan ayah,melawan cakap ayah,taknak bercerita dengan ayah..mesti ayah terasa sangat kan..ayah..Iman minta maaf ayah..
Ayah..
Iman tahu Iman tak sepatutnya begitu dengan ayah,,Iman tak tahu kenapa Iman begitu marah dengan ayah..Iman tak sepatutnya buat macam tu pada ayah..semua tu sebab nafsu amarah Iman ayah..dan kerana diri Iman sendiri..macam yang Iman beritahu tadi,,Iman bukan seorang anak yang baik ayah..Iman memang tak selayaknya menjadi seperti mana yang ayah lihat pada Iman..zahirnya…
Ayah..
Cantik nama yang ayah bagi masa Iman dilahirkan..nurimansolehah nama yang Iman suka..tapi kan ayah..Iman tak solehah pada ayah..Iman bukan seorang anak yang baik..ayah..sekali lagi Iman minta maaf ya ayah..ayah..ayah doakan Iman supaya Iman jadi anak yang solehah seperti Fatimah Azzahra ya ayah..
Ayah..
Sebelum Iman balik..iman pernah kemalangan..tpi Alhamdulillah..Allah masih sayangkan Iman ayah..Allah masih bagi peluang untuk Iman hidup supaya Iman boleh minta maaf dan berbakti pada ayah..Iman bersyukur kerana Iman sempat jumpa ayah sebelum kita berpisah kembali..
Ayah..
Semasa kepulangan Iman yang ke-4…Iman masih belum memperbaiki diri Iman..walaupun Iman telah menyedari bahawa Iman tak boleh melawan ayah tapi Iman masih buat juga..Alhahmdulillah sampai saat itu Allah beri peluang lagi pada Iman..tapi iman dah sia-siakan peluang yang ada..
Ayah..
Kini kita berjauhan sekali lagi..Iman rindu sangat dengan ayah..Iman masih ingat saat saat Iman dirumah..saat ayah berbual dengan Iman, saat ayah bergurau dengan Iman, saat ayah memarahi Iman untuk kebaikan Iman dan saat ayah merajuk dengan Iman.. Ayah..ayah pernah kata sambil bergurau dengan Iman dan adik2..”Ooo semua tak nak teman papa ya..semua tak nak kawan dengan papa ya..”
Ayah..
Kata –kata itu amat menghiris hati Iman..tentunya hatimu lebih terluka saat kami semua tidak mesra dan berjauhan denganmu..Ayah..iman sayang ayah..tapi sayang Iman pada ayah tak pernah Iman lahirkan kan ayah....yang Iman buat pada ayah hanya menzahirkan tingkahlaku yang dapat ditafsirkan bahawa Iman benci ayah..
Ayah..
Maafkan Iman ya ayah..maafkan Iman sebagai anakmu..Iman sayang ayah kerana Allah dunia n akhirat..Ayah..surat ini sebagai pengganti diri Iman di kejauhan..mengukir pohonan kemaafan dan menyulam kasih sayang yang tak terhingga untuk ayah dihati..peluang yang Allah beri pada Iman supaya menyedari kesalahan Iman sehingga ke hari ini ,kini Iman tak kan biarkan..
Ayah..
Iman mohon maaf kerana lambat melafazkan pohonan maaf ,meluahkan rasa dan menuturkan sayang pada ayah..
Ayah..
Nanti bila Iman balik lagi..Ayah ambil Iman ya..Iman rindu dengan ayah..Iman nak bercerita banyak dengan ayah..ayah jangan lupa ya..Iman tahu Iman tak mampu balas apa yang ayah pernah beri pada Iman selama ini..Iman nak jadi anak yang solehah untuk ayah dan bonda..ayah doakan Iman berjaya dunia n akhirat ye..
Ayah..
Iman rasa sampai sini sahaja dulu ye.InsyaAllah...kalau Iman ada kesempatan waktu lagi nanti Iman tulis surat kat ayah lagi ye..Ayah jaga kesihatan ayah ya..Iman sayang ayah.Terima kasih ayah untuk segala-galanya..Semoga Allah memberkatimu..

Salam sayang dan rindu dari anakmu yang jauh..
nurimansolehah@iman

-Debu-Debu Dosa-

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Interesting..