--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, August 25, 2008

CECAHKAN DAHIMU KE SEJADAH


Cecahkan dahimu ke sejadah..
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Kerana ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan pulang
Kembali ke pangkuan Tuhan
INGATLAH
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga..
SEGALA ISI DUNIA DITINGGALKAN
KECUALI
1. sedekah n amal jariah yang dilakukan
2. Ilmu yang dimanfaatkan dan diajar kpd orang lain
3. DOA Anak2 yang soleh dan solehah

Maka marilah kita bersama-sama beramal dengan KEBAIKAN serta mencegah perbuatan MUNGKAR mempelajari ilmu dunia n akhirat serta mengajarkannya kpd org lain serta menjadi anak2 yang soleh dan solehah terhadap kedua dua ibubapa kita..

No comments:

Interesting..