--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, September 22, 2008

Berjuang memang Pahit..Kerana Syurga itu manis..

Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada. Mahu atau tidak, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.
Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Sebab itulah kebanyakan pentakrifan jihad pada zaman silan lebih merujuk kepada aspek peperangan.

Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam.

Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.

Imam Hassan al-Bana pula menyatakan bahawa:“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”

Buat jundullah-jundullah sekalian..jgn putus asa n teruskan perjuanganmu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawamu.Jangan gentar dengan musuh2 yang menentang dan Ingatlah bahawa JANJI ALLAH itu BENAR n Pertolongan Allah pasti akan tiba.

''Sesungguhnya indahnya berada dalam bahtera perjuangan dan nikmat ini tidak dpt dirasakan oleh org2 yang tidak berada didalmnya"..

Firman Allah yang bermaksud,
"Sekiranya yang (kamu serukan kepada mereka)ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, TETAPI tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "jikalau kami sanggup nicaya kami berangkat bersama-mu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar2 org2 yang berdusta."
(At-Taubah:42).

TAKBIR! ! ALLAHUAKBAR..!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah...
Sekadar perkongsian.
Berjuang itu pahit tapi kenapa kita terus berjuang? Hakikatnya kepahitan boleh seiring dgn kemanisan. Org melihat hidup mberi bukanlah mudah tapi kenapa apabila kt hidup mberi kt rasa puas? Fikir2kanlah. Kembali pd tujuan hidup kt. Selamat berjuang sahabat (^_^).

Anonymous said...

Salam perjuangan ya ukhti.
ya betul tu..kepahitan yg dirasa pasti ada hikmah dan keindahan yg tersembunyi disebaliknya..sprti ubat yang rasanya pahit tapi mampu memberikan kita rasa sihat semula..Tetapi lg sekali..Hakikatnya kesihatan dan kesakitan itu adalah datang dari Allah dan Allah yg memberi SEGALANYA..kan..he2..ana rindu dgn nti..InsyaAllah jika Allah mgizinkan ana masih terus berada diatas tanah yg blum dbtasi bumi,kita jmpa lagi ya..
SELAMAT BERJUANG JUGA SAHABATKU =)

Interesting..