--<@Ahlan Wasahlan@>--

Saturday, October 11, 2008

Untukmu Teman


بسم الله الرحمن الرحيم
استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم
الحمد لله رب العلمين وصلاة وسلام على رسول اللة واله واصحابه اجمعين
ربنا تقبل منا انك السميع العليم
Salam MAAF ZAHIR N BATIN..
sahabatku..disini ku kepilkan warkah buatmu,
Bagiku dgn cara ini shja aku mampu berkomunikasi dgnmu..

Buatmu sahabatku sayang.Salam mesra terindah kukirimkan,
Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar diwajah suci,
salam penghormatan, kasih dan persahabatan yang tiada pudar dalam setiap musim dan masasalam mekar kuntuman ukhuwah kerana ALLAH..
Buatmu sahabatku sayang..
Saat ku bertemu denganmu,
Terbayang senyuman yang kau ukirkan dan tangan yang dikau hulurkan padaku tnda persahabatan..
Sesungguhnya pertemuan ini amat bermakna dan indah bagiku.
Tuntun langkahku semuanya sudh diatur,
Ku bersyukur pdNya kerana diberi peluang mgenali dirimu,
Pertemuan pertama sehingga kini mengajarku erti pershbtan,

Sahabatku..
Aku tahu aku bukannya org yg layak untuk menasihatimu..
Tetapi sahabatku,aku dbri amanah sbgai seorng teman untuk menasihatimu..
Ketahuilah sahabatku,aku sebenarnya tidak layak digelar sebagai shbtmu..
Mengapa? Kerana aku takut untuk menegurmu..
Astaghfirullahal’azim..Aku bertaubat kepadamu Ya Allah..
Sahabat, aku bukan seorg yang pandai dalm berkata-kata..
Segala coretan yang bakal kau baca nanti adalah peringatan buat diriku dahulu

Sahabat..
Dirimu lebih baik dariku dan perbaikilah dirimu dari masa ke masa.
Teruskan perjuangan dan jangan mudah putus asa..
Bersabarlah dan redhalah dengan ketentuan Ilahi.

Temanku..
Ingatlah bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan
Pengorbanan perasaan,pengorbanan kerehatan,pengorbanan masa,pengorbanan harta dan pengorbanan jiwa.
Berjuang berkorban demi Cinta Kepada Yang Esa..
Kita hanya hamba dan hamba wajib mentaati perintah Pemilik hamba itu dan Ianya ALLAH YG ESA.
Sahabatku.
Jika dahulu masa rehatmu telah kau tetapkan dalam tempoh tertentu..tempoh itu perlu kau singkatkan..
Kerana kerja yg kita ada adalah melebihi dari waktu yang kita punyai..
sahabat2ku..bangun dan jadikan hidupmu lebih bermakna serta mempunyai nilai yg tinggi untuk dibawa sebagai bekalan sewaktu kau pergi bertemu denganNya kelak..

Sahabatku..
Ikhlaskan dirimu dalam segala urusan dan pastikan segala yg kau lakukan adalah kerana Allah semata-mata..

Sahabat..
Sementara bahtera umur masih belayar di lautan kehidupan..
Penuhkanlah ia dgn barg dagangan yang baik dan bermanfaat..
Jgn jadi sepertiku..bahteraku semakin hampir dengan pantai..menuju padaNya..

Sahabatku..
Sesungguhnya diri ini berasa takut,gentar dan gelisah serta khuatir..
Banyak amanah yang diberi masih blum diselesaikan..
Diri ini berhajat membuat banyak perkara tapi rasa seperti tidak sempat untuk menghabiskan semuanya..
Doakan semoga urusanku dpermudahkan ya..

Sahabatku..
IKHLASKAN NIAT KRN ALLAH
BERQIAMULLAIL selalu kerana di situ datngnya kekuatan.
KORBANKAN WAKTUMU kerana kau tidak akan berehat melainkan DSYURGA kelak.(Surah As-saff-10)
BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN ZIKIR SERTA SELAWAT KE ATAS RASULULLAH
BERWUDUK SENTIASA
SOLAT SUNAT sebelum pergi meeting dan BERWUDUK.
BERSANGKA BAIK DGN MANUSIA DAN ALLAH
BANYAKKAN BERSEDEKAH
BANYAKKAN BERPUASA

Sahabatku..
Disepanjang pertemuan ini ku memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki seandainya aku bnyk menyakiti dirimu..
Segala pertolongan yang kau pinta, andai aku tidak membantu aku mohon maaf untuk itu..
Andai kata2ku banyak mengguris perasaanmu dan banyak membuat kau bosan dgn ceritaku, sekali lg maaf aku dambakan darimu..
Untuk kali yang terakhir aku berkata2 dengan banyaknya dan selepas ini mgkin kau akan lbh banyak melihatku berdiam diri..Dan bagiku itu yang terbaik untukku..mgkin jua untukmu..

Buatmu sahabtku..
Apa yang aku luahkan ini adalah perasaanku terhadapmu..
Aku tahu temanku..aku tahu bahawa aku tidak merasai apa yang kalian rasa
Aku tahu aku tidak berada di tempat yang kamu berada kini..
Aku tahu bhawa kiranya aku mgkin tidak sesibuk kalian atau sebaliknya..
Dan mugkin kerana itu aku tidak dapat memahamimu
Buat yg masih mengingati kata2 ini...”ku akan cuba memahami semua sahabatku..”
Pohonan maaf ku pinta kerana diri ini masih belum dapat memahami mereka..

Sahabatku..
Maafkan diriku yang alpa dan lemah ini..Sesungghuhnya aku bersyukur pd ILAHI kerana dapt mgenali kalian..
Andai aku tidak sempat untuk berkata-kata dgnmu..ku harap warkah ini menjadi rantai dan pengganti diriku..
Ku berharap agar kalian dapat memahami segala yg tersurat dan tersirat..Hanya satu yang ku harapkan adalah kemaafan daripadmu buat diri ini..
Untuk Sahabatku..Segala silap dan salahmu telah ku maafkan..
Ku maafkan dan halalkan segala-galanya untukmu..

Untuk ku mendapatkan kemaafan dariNya ku amat memerlukan kemaafan kalian..
Moga dirimu kekal dalam pemeliharaan ALLAH s.w.t..Sesungguhnya dunia ini tidak semestinya indah seperti yang diharapkan..Semoga dirimu sentiasa tabah selalu..Teguhlah menggenggam prinsip2 yang suci..tetaplah dalam agama yang suci..Cinta ALLAH akan bercambah mekar pada hati yang selalu mengharapkanNYA..aamiiin..
Salam sayang dan rindu fillah..Moga tetaplah SYURGA destinasi mu yang abadi..Moga bertemu lagi..Andai bukan di dunia fana..Moga kita bertemu di SYURGA ALLAH kelak
Sesungguhnya diri ini sangat menyayangi kalian InsyaAllah ikhlas kerana Allah
Semoga persahabatan kita adalah persahabatan yang mendapat RedhaNya.
Kerana persahabatan ini adalah persahabatan yang tertaut kerana satu Aqidah yang sama..

Salam rindu dan sayang buat semua yg mengenaliku

No comments:

Interesting..