--<@Ahlan Wasahlan@>--

Monday, April 6, 2009

PeLuAnG...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين وصلاة وسلام على رسول اللة واله واصحابه اجمعين
استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم استغفر الله العظيم


Sekian lama tidak mengupdate dan melewati rangkaian maya ini...Kini peluang perlu digunakan sebaik yang mungkin..Berbalik pada soal 'peluang', mengingatkan diri kepada satu kata-kata ..iaitu..belajar,beramal,berjuang dan berkorban untuk ISLAM kerana Allah selagi anda masih dibei 'PELUANG'..PELUANG yang paling mendalam maksudnya adalah peluang yang diberikan untuk hidup.iaitu nikmat NYAWA yang masih diberikan selain 2 nikmat terbesar iatu nikmat IMAN dan ISLAM..
.Peluang dalam kehidupan ini perlulah digunakan sebaik yang mungkin..Dalam konsep TAUBAT, erti peluang yang dibincangkan adalah berkait rapat dengan nikmat usia dan peluang untuk hidup..berTAUBATLAH sebelum nyawa sampai di kerongkong..dan sebagai peringatan..nyawa sampai dikerongkong menggambarkan sakaratulmaut dan tibanya saat KEMATIAN seorang hamba..Ingatlah..sesungguhnya kematian itu PASTI..! dan KITA TIDAK TAHU bilakah saat malaikat maut datang menjemput..

...5 perkara penting yang perlu ada dalam sifat hamba dalam konteks taubat

  1. MENGAKUI dosa
  2. MENYESALI perbuatan
  3. MENYALAHKAN diri
  4. SEGERA bertaubat
  5. TIDAK putus asa dari rahmat Allah

BERTAUBATLAH selagi masih diberi PELUANG..
BERTAUBATLAH selagi pintu TAUBAT MASIH TERBUKA..
ALLAH sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNYA..

Cintakan bunga, Bunga kan layu..
Cintakan manusia, manusia kan mati..
Cintakan dunia, kehancuran menanti..

Cintakan Allah..KEKAL ABADI.
Cintakan Akhirat..Syurga menanti..

Penulis ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri diatas segala kesilapan & kesalahan yang dilakukan sepanjang perjalanan hidup ini..halalkan makan,minum.segalnya..jika ada hutang yang nak di tuntut sila beritahu..terima kasih..

teringat penulis pada kata kata" 'ada dua jenis dosa, 1.Dosa antara kamu dgn Allah 2. Dosa antara kamu sesama manusia..Dosa kepada Allah, syarat taubatnya ada 3 iaitu 1. Menyesal dalam hati 2. Istighfar dengan lidah 3. berazam tidak mengulanginya..dan dosa diantara manusia itu..selagi mereka belum menghalalkannya..maka tidak berguna taubat bagimu.."

-wallahua'lam-
-peringatan buat diri dan perkongsian bersama-

No comments:

Interesting..