--<@Ahlan Wasahlan@>--

Friday, January 9, 2009

..Cukuplah kematian sebagai peringatan..

Pagi tadi, sekali lagi ana mendapat berita tentang sebuah kematian....hp berbunyi tanda mesej diterima mengejutkan ana yg baru terlelap.."Assalamualaikum kakak,uncle talib dah meninggal.ada kat hospital kajang.baru sekejap ni.." mesej ringkas dari umi terus membuatkan mata yg tadinya berat terasa segar..ditatap kembali mesej tersebut..ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..perkataan pertama meluncur laju dibibir..subhanallah..benarkah apa yg ku baca??lantas tgn menaip kembali membalas mesej umi.."benarkah umi?uncle sakit apa?.."hati masih tidak percaya..umi membalas.."ya..mamy(makcik) kata batuk2,hantar p hospital,pastu dah takda.."jawapan ringkas yang ana terima membuatkan ana terkesima sebentar..

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UUN..astaghfirullahal'azim..ku raut wajah lantas bangun mengambil wuduk..bergetar diri saat itu..macam2 yg terlintas difikiran..ana takut untuk lelapkan mata selepas tu..

setelah ana mendirikan solat dan menyedekahkan Al-fatihah serta membaca yaasin..ana terfikir semula kenapa rasa takut ya..jawapannya banyak..serba sedikitnya..pertama, terlintas..bilakah pula hariku..keduanya..cukupkah amalku andai ku dijemput pulang sekarang..ketiganya..Pakcikku adalah adik kepada ayah dan raut wajahnya seiras ayah dan dia juga telah ku aggap sebagai ayahku...saat itu juga terbayang wajah ayah..subhanallah..seandainya ayah yang dijemput pergi..tabahkah aku menghadapinya..?..
..ana muhasabah diri seketika..

Al-fatihah buat arwah pakcik-Abdul mutalib Bin S.m Zalman..Moga amanlah dan bahagia pakcik disana..

Peristiwa kematian orang yang hampir dengan kita memberi kesan yang mendalam pada kita tetapi tidak begitu mendalam apabila orang yang ditimpa sesuatu musibah itu bukan orang yang rapat dengan kita..manusia sememangnya begitu..ibrahnya sesuatu itu akn diambil jika terkena pada diri sendiri..termasuk ana sendiri..

Peringatan buat semua..kita berubah dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita..Berbalik semula kepada isu palestine..Adakah kita merasai sesuatu apabila umat islam dibunuh dengan kejam??adakah kita pernah merasakan atau mengandaikan bahawa setiap insan di sana adalah ayah,ibu,adik,kakak,abang,pakcik,makcik, atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita?

Kematian itu sesuatu yang pasti dan setiap manusia pasti akan di uji tidak kira apapun bentuk ujiannya...Allah berfirman:

Maksudnya,
"Dan sungguh, Kami benar benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu."
( surah Muhammad:ayat 31)

Bagi diri yang masih diberi peluang melayari samudera kehidupan..layarilah ia dengan penuh manfaat dan penuhkanlah bahtera umur dengan amal kebaikan unuk bekalan disana kelak..teruskan perjuangan menegakkan syiar Islam dan menegakkan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH di bumi ini..
Sedikit sedikit lama lama jadi bukit..bersatu padulah dan bergeraklah secara berjamaah(beramai-ramai) menghancurkan musuh islam..!

Sumbangan yg kecil dan amaln kebaikan yg kecil itu dinilai oleh Allah begitu juga dengan sekecil2 zarah kejahatan yg dilakukan jga ada balasannya.Firman Allah:

Maksudnya,
"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(7).Dan barang siapa yang mengerjakn kejahatn seberat zarrah, niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(8)"
(Surah Al-Zilzal:ayat 7-8)
Sekadar perkongsian pendapat dan untuk renungan semua..

Pesanan penaja :..
1)mari kita bermujahadah dan bersatu padu membina INDIVIDU MUSLIM yang seterusnya akan berkembang biak mengakkan kalimah tauhid LA ILAHA ILLALLAH..
2)jangan beli barang2 yang diboikot..

TAKBIIRR!!!



No comments:

Interesting..