--<@Ahlan Wasahlan@>--

Saturday, November 1, 2008

STUDY

Solat merupakan tiang agama. Solat juga merupakan paksi kejayaan dan teras kehidupan. Manakala study atau menuntut ilmu merupakan senjata kita untuk berhadapan dengan masyarakat yang lebih kompleks dan dunia pendidikan. Tetapi, kaedah study yang bagaimanakah penentu kejayaan diri, pengukur kematangan dan nilai intelek seseorang?

Jika diterjemah dan ditafsirkan 'study' mengandungi makna yang tersirat iaitu solat, tawakkal, usaha, doa dan yakin. Jika lima perkara ini sempurna dan syumul, maka insya-allah kejayaan berada di genggaman. Berikut merupakan beberapa teknik pembelajaran cemerlang. semoga ianya berguna dan dapat sama sama kita amalkan agar generasi yang bakal menerajui kepimpinan islam akan lahir kelak.... Insya-Allah.

Tips Sebelum Mula ‘Study’ @ Menelaah pelajaran @ Belajar

1. Niat (kerana allah swt)

2. Berwuduk - sebelum memulakan study sebagai benteng daripada anasir luar sebagai pendinding, mudah memberi tumpuan

3. Kebersihan diri - mandi menjamin keselesaan

4. Tempat study - meja menghadap kiblat

5. Tertib - belajar berbudayakan peperiksaan 1/2 jam pertama sahaja ilmu akan masuk belajar dengan disiplin, tiada makan dan minum

6. ‘Toma'ninah’ - berhenti seketika (10 minit)
- hilangkan stress dan mengantuk
- dengan cara mengambil angin dan melihat angin

7. Berjamaah - muslimah mesti ramai, muslimin mesti sedikit (jika study group melibatkan
kaum adam dan hawa)
- tempat tertutup(bilik perbincangan/terbuka(pondok ilmu dll)

8. Berdoa - selalu berdoa & tambah usaha untuk subjek tidak diminati
- teruskan usaha untuk subjek yang diminati.

No comments:

Interesting..