--<@Ahlan Wasahlan@>--

Sunday, December 28, 2008

حسبنا الله ونعم الوكيل

Menyerahkan segala perkara kepada Allah, bertawakkal kepadaNya dan berpegang teguh terhadap janjiNya merupakan hasil daripada keimanan yang kuat, teguh dan matang. Berbaik sangka kpd Allah, redha terhadap apa yg telah ditentukanNya serta menanti kemenangan daripadaNya dengan penuh kesabaran di iringi dengan usaha yg gigih tanpa erti putus asa adalah hasil yg agung drpd sebuah keimanan yang kuat dan ianya juga adalah sifat2 seorang mukmin.

Pada saat seorang hamba merasakan ketenangan sesuatu akibat dan dia selalu berpegang teguh kpd Rabbnya untuk setiap keadaan yang dialaminya, maka dia pasti mendapat bantuan , pertolongan ,petunjuk, sokongan dan perlindungan daripada Allah .Apabila pertolongan Allah telah disinarkan dan diberikan kepadanya, maka hamba itu akan tidur dengan tenang dan hamba yang beriman serta bersyukur pasti akan tidak lupa untuk berterima kasih dan bermunajat kepada Rabnya dikala ia senang dan bahagia.

Jika dilihat pada kisahNabi Ibrahim a.s yang dilemparkan ke dalam api membara,Nabi Ibrahim berkata: “cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Begitu juga dengan sirah Rasulullah SAW, ketika baginda dan para sahabat diancam bunuh oleh kafir, baginda Rasulullah SAW dan para sahabat membaca:

Maksudnya:
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”
( Al-Imran: 173-174)

Perjalanan kehidupan ibarat sebuah mimpi yang hanya seketika keindahan dan keperitannya. Segala cabaran dan rintangan dalam kehidupan adalah termasuk ujian kesenangan dan kesusahan yang semestinya memerlukan mujahadah yang tinggi untuk berhadapan dengan semua ujian itu. Manusia hanya hamba yang diciptakan dengan segala kekurangannya dan ia pasti tidak mampu berhadapan dengan ujian yang diberi dengan sendiri. Maka disitulah indahnya ciptaan Allah yang Maha Agung memperlihatkan betapa perlunya manusia itu berpaut pada Penciptanya kerana ia hanya hamba yang tidak sehebat Penciptanya. Manusia tetap memerlukan Allah.

Manusia sememangnya inginkan keindahan dan pelbagai keinginan yg lain.Manusia juga akan mudah putus asa apabila keinginan dan hasrat mereka itu tidak tercapai.Namun manusia itu sering lupa betapa banyaknya nikmat dan kurniaan Allah yang telah diberikan padanya yang tidak dpt dihitung oleh akal manusia itu sendiri.Apabila sesuatu yg diingini oleh manusia itu tidak tercapai,maka kegagalan itu juga merupakan satu ujian untuk mengukur keimanan dankesabaran hambaNya.ia juga adalah satu nikmat kasih sayang yang diberi oleh Allah padanya menunjukkan bahawa Allah amat menyayanginya kerana apabila manusia itu di uji, ia akan kembali dan mengadu padaNya dan menunjukkan Allah tidak lupa padanya.Maka kerana itu ia diuji.

Kekuatan seorang hamba dalam menghadapi ujian Ilahi adalah dengan beriman dan bertawakkal serta menyerahkan semuanya pd Allah.Perlunya seorang hamba itu yakin dengan janji Allah dan memohon bantuan dan pertolongan padaNya tanpa jemu dan putus asa.

Maka disaat anda berada didalam kesulitan,kesusahan,kesedihan, ketakutan dan nikmat kesenangan sekalipun bacalah:

حسبنا الله ونعم الوكيل
Ertinya:
“Cukuplah Allah Menjadi Penolong kami dan Allah Adalah Sebaik-baik Pelindung”-

Hakikat di sebalik kegagalan dan ujian itu tersirat banyak hikmah yang mungkin tidak dapat difikirkan dan ditafsirkan oleh manusia itu sendiri.Dan ingatlah sesungguhnya Allah sentiasa membantu dan menolong hamba hamba yang memohon pertolonganNya..Bersabarlah kerana hari itu pasti akan tiba..jika bukan didunia ini..ia pasti diberi diakhirat kelak..InsyaALLAH

SUMBER=30 punca kebahagiaan hidup-Dr. ‘Ai’dh Bin Abdullah Al-Qarny
=22 Dosa hati manusia-Drs.Hj .Hanafi Mohamed, MA
-Hjh.Siti Zaimah Ab.Rahman

No comments:

Interesting..