Wednesday, December 2, 2009
-sesekali diuji-
Monday, October 19, 2009
-KUDUS KASIHMU-

Friday, September 11, 2009
..Akhir Ramadhan Ini..
Perbanyakkanlah Bacaan Al-Quranmu serta zikirmu
Semoga setiap perkataanmu tidak sia-sia..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah solat sunatmu
Semoga ia menampung kelompangan solat fardhumu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah Qiam mu
Semoga ia menjadi kekuatan untukmu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah doa & sujudmu
Semoga ia menambah sifat kehambaanmu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah muhasabah dirimu
Semoga ia menjadikan dirimu lebih baik keesokan harinya..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah sedekahmu
Semoga ia memberatkan timbanganmu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah syukurmu
Semoga Allah meredhaimu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah memberi maaf
Semoga insan lain memaafkanmu..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah TAUBATmu
Semoga segala dosamu diampunkan-Nya..
Semoga sepanjang kehidupanmu diredhai-Nya..
Di akhir Ramadhan ini..
Perbanyakkanlah ZIKRULMAUT
Semoga ia dapat menghindari dirimu dari berbuat dosa..
Dan...
Seandainya ini Ramadhan terakhir..
Persiapkan dirimu dan amalanmu
Sebagai bekalan 'kehidupan' yang baru..
Namun sahabatku...kita tidak mengetahui adakah Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang terakhir...apa yang mampu kita lakukan sebagai seorang hamba yang hina ini hanyalah BERUSAHA & BERSEDIA..
aku tidak layak memasuki syurga Firdaus-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dengan Rahmat-Mu..ampunkan daku Ya Rahman
Umurku berkurang setiap hari,
sedang dosa-dosaku terus bertambah
Bagaimana aku sanggup menanggungnya?
hamba-Mu yg derhaka ini datang bersimpuh menghadap-Mu
Mengakui dosa-dosa, merayu dan memohon keampunan-Mu
Bila Kau campakkan aku, kepada siapa aku mesti berharap selain dari-Mu?
Ya Rahim..
selamatkan kami dari segala kejahatan dan kecelakaan
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu
Ya Rabbul Izzati..
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti,paling berseri,menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha-Mu serta kasih sayang-Mu dan semoga ia menyinari dan mewarnai kehidupan kami di sana nanti.. jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia
Amin..
Salam 10 malam terakhir Ramadhan..
Penulis ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri diatas segala kesilapan & kesalahan yang dilakukan sepanjang perjalanan hidup ini..zahir dan batin.,sengaja@tidak sengaja..halalkan makan,minum.segalanya..jika ada hutang yang nak di tuntut sila beritahu..terima kasih..=)
-RACUN & PENAWARNYA-
Perkataan yang sia-sia itu racun,
Seluruh tahun itu racun,
Monday, June 22, 2009
Buatmu Ayah
Di matamu masih terpancar ketenangan,
Saat dirimu berusaha meredah liku kehidupan,
Terserlah ketabahan serta kecekalan hatimu…
Walau sejauh mana perjalanannya,
Tetap kau gagahi langkahmu…
Walau sesakit mana pun ia,
Senyuman manis seiring terukir dibibirmu…
Ayah,
Aku terlupa ayah,
Tidak pernah sekalipun ke menghitung kedutan didahimu,
Aku sering terlupa mengira titsan keringatmu,
Aku terlupa ayah,
Tanganmu pernah mengusap air mataku ketika ku kesedihan…
Tanganmu pernah mendakap tubuhku saat ku ketakutan…
Dan kini ku sedar ayah,
Aku terlupa jasamu padaku pada suatu ketika dulu…
Aku terlupa segala pengorbananmu…
Ayah,
Aku tahu kau terluka,
Keegoan dan kedegilanku telah mengguris hati kecilmu..
Ayah,
Ampunkan segala dosa dan salahku padamu,
Maafkan puterimu yang selalu melukaimu..
Ayah,
Terima kasih kerana mendidikku dan menyayangiku,
Terima kasih untuk segalanya..
Ketahuilah ayah,
Aku amat menyayangimu…
Ya Allah....lindungilah kedua dua orang tuaku,sayangilah mereka,redhoilah semua urusan yang mereka lakukanampunilah dosa-dosa mereka,berilah mereka kemudahan dalam mencari rezeki-Mu yang halalYa Allah kabulkanlah doaku ini....amin, amin amin ya robbal'alamin......
lafaz yang tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadartingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Friday, May 8, 2009
-Perlukah aku khabarkan-
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Oh ku mohan pada-Mu Tuhan
Friday, April 24, 2009
-Drop a pebble in the water-
Monday, April 6, 2009
PeLuAnG...
Sekian lama tidak mengupdate dan melewati rangkaian maya ini...Kini peluang perlu digunakan sebaik yang mungkin..Berbalik pada soal 'peluang', mengingatkan diri kepada satu kata-kata ..iaitu..belajar,beramal,berjuang dan berkorban untuk ISLAM kerana Allah selagi anda masih dibei 'PELUANG'..PELUANG yang paling mendalam maksudnya adalah peluang yang diberikan untuk hidup.iaitu nikmat NYAWA yang masih diberikan selain 2 nikmat terbesar iatu nikmat IMAN dan ISLAM..
.Peluang dalam kehidupan ini perlulah digunakan sebaik yang mungkin..Dalam konsep TAUBAT, erti peluang yang dibincangkan adalah berkait rapat dengan nikmat usia dan peluang untuk hidup..berTAUBATLAH sebelum nyawa sampai di kerongkong..dan sebagai peringatan..nyawa sampai dikerongkong menggambarkan sakaratulmaut dan tibanya saat KEMATIAN seorang hamba..Ingatlah..sesungguhnya kematian itu PASTI..! dan KITA TIDAK TAHU bilakah saat malaikat maut datang menjemput..
...5 perkara penting yang perlu ada dalam sifat hamba dalam konteks taubat
- MENGAKUI dosa
- MENYESALI perbuatan
- MENYALAHKAN diri
- SEGERA bertaubat
- TIDAK putus asa dari rahmat Allah
BERTAUBATLAH selagi masih diberi PELUANG..
BERTAUBATLAH selagi pintu TAUBAT MASIH TERBUKA..
ALLAH sentiasa mengampunkan dosa hamba-hambaNYA..
Cintakan bunga, Bunga kan layu..
Cintakan manusia, manusia kan mati..
Cintakan dunia, kehancuran menanti..
Cintakan Allah..KEKAL ABADI.
Cintakan Akhirat..Syurga menanti..
Penulis ingin memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri diatas segala kesilapan & kesalahan yang dilakukan sepanjang perjalanan hidup ini..halalkan makan,minum.segalnya..jika ada hutang yang nak di tuntut sila beritahu..terima kasih..
teringat penulis pada kata kata" 'ada dua jenis dosa, 1.Dosa antara kamu dgn Allah 2. Dosa antara kamu sesama manusia..Dosa kepada Allah, syarat taubatnya ada 3 iaitu 1. Menyesal dalam hati 2. Istighfar dengan lidah 3. berazam tidak mengulanginya..dan dosa diantara manusia itu..selagi mereka belum menghalalkannya..maka tidak berguna taubat bagimu.."
-wallahua'lam-
-peringatan buat diri dan perkongsian bersama-
Thursday, March 12, 2009
penawar buat penyakit hati..
Monday, March 9, 2009
Mampukah aku..???
mampukah aku untuk terus tabah..??
mampukah aku untuk terus melangkah gagah..??
mampukah aku untuk menyelesaikan segala-gala..??
mampukah aku untuk memahami semua..??
mampukah aku untuk terus berkorban segala..??
mampukah aku untuk semua...??
mampukah aku??
mampukah aku..??
mampukah aku..??
mampukah aku untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini..??
..Ya Allah tetapkan hatiku pada agamaMU dan pada ketaatan kepadaMU..serta berikan aku kekuatan untukku terus berjuang,berkorban dan istiqamah dalam perjuangan yang suci ini demi AgamaMU dan ikhlas hanya keranaMU..hanya padaMU aku dikembalikan..amiin..
Friday, February 27, 2009
-Sesungguhnya-

Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Jiktidak menagih simpati
-rintihan hamba-
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Wednesday, February 4, 2009
Elemen penting dalam tarbiyah
Tujuh elemen-elemen penting tarbiyyah:-
1-Tarbiyah Ruhiyyah :
Iaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai paksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.
2-Tarbiyah Thaqafiyyah :
Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja tetapi meluaskan skop bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan, menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial, membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berpengetahuan am yang luas.
3-Tarbiyah Harakiyyah :
Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping konsep-konsep dan adab-adab berjemaah yang lain.
4-Tarbiyyah Siasiyyah :
Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik tempatan dan antarabangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah Islamiyyah dan kepimpinan ulama’ yang lebih mendalam dan praktikal kepada dunia semasa.
5-Tarbiyyah Kendiri (Self-Development) :
Mengenalpasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal, analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji, bersikap berani, berkeyakinan diri dan ‘adaptable’ dalam semua suasana dan keadaan.
6-Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani) :
Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin menggunakan kekerasan.
7-Tarbiyyah Kekeluargaan Islam :
Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang selari dengan kriteria yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan amalan-amalan keluarga Islam.
http://sayapunyer.wordpress.com/category/dinul-islam/
Friday, January 30, 2009
fikir-fikirkanlah...
"Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dr punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb nabi ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite! boikot sesungguh mungkin ya akhi wa ukhti..
<http://cetusan-student.blogspot.com/2009/01/tak-mau-boikot.html>
Sahabat...

Hargailah bila bersahabat…
Bertemu dan berpisah..
Ya Allah, Jika aku..
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal dijalan-Mu…
Thursday, January 29, 2009
Harapan pada-Mu subur kembali

Moga syukurku bertambah
Bantulah hamba-Mu
sandaran cinta

Monday, January 19, 2009
..Cry For Freedom..

We lay our weapons down to rest
The war ain't over
Till all the people are free
Straight from our heart we cry
This war has taken too many live
Because for the sake of freedom
We will be syuhada
Our sons will carry on
We will try our best
To keep our dream alive
And voices of Jihad will be heard
All around the world
Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom
Our brothers in prison
But no crime was everdone
The children are taken away
Families are destroyed
And million have died from starvation
So stand up and cry for freedom
And let them know we are here
Stand up and cry for freedom
We fight to the last of our breath
Oh Allah..
we pray that maybe soon
Someday the Islamic world
Will smile again
Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom
Oh Allah..
we have to continue fighting
We will never give up
Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom..
Setiap kali
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku
Wednesday, January 14, 2009
subuh oh subuh..

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah) Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28) Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim). Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Friday, January 9, 2009
..Cukuplah kematian sebagai peringatan..
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJI'UUN..astaghfirullahal'azim..ku raut wajah lantas bangun mengambil wuduk..bergetar diri saat itu..macam2 yg terlintas difikiran..ana takut untuk lelapkan mata selepas tu..
setelah ana mendirikan solat dan menyedekahkan Al-fatihah serta membaca yaasin..ana terfikir semula kenapa rasa takut ya..jawapannya banyak..serba sedikitnya..pertama, terlintas..bilakah pula hariku..keduanya..cukupkah amalku andai ku dijemput pulang sekarang..ketiganya..Pakcikku adalah adik kepada ayah dan raut wajahnya seiras ayah dan dia juga telah ku aggap sebagai ayahku...saat itu juga terbayang wajah ayah..subhanallah..seandainya ayah yang dijemput pergi..tabahkah aku menghadapinya..?..
..ana muhasabah diri seketika..
Al-fatihah buat arwah pakcik-Abdul mutalib Bin S.m Zalman..Moga amanlah dan bahagia pakcik disana..
Peristiwa kematian orang yang hampir dengan kita memberi kesan yang mendalam pada kita tetapi tidak begitu mendalam apabila orang yang ditimpa sesuatu musibah itu bukan orang yang rapat dengan kita..manusia sememangnya begitu..ibrahnya sesuatu itu akn diambil jika terkena pada diri sendiri..termasuk ana sendiri..
Peringatan buat semua..kita berubah dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di sekeliling kita..Berbalik semula kepada isu palestine..Adakah kita merasai sesuatu apabila umat islam dibunuh dengan kejam??adakah kita pernah merasakan atau mengandaikan bahawa setiap insan di sana adalah ayah,ibu,adik,kakak,abang,pakcik,makcik, atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita?
Kematian itu sesuatu yang pasti dan setiap manusia pasti akan di uji tidak kira apapun bentuk ujiannya...Allah berfirman:
Maksudnya,
"Dan sungguh, Kami benar benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu."
Bagi diri yang masih diberi peluang melayari samudera kehidupan..layarilah ia dengan penuh manfaat dan penuhkanlah bahtera umur dengan amal kebaikan unuk bekalan disana kelak..teruskan perjuangan menegakkan syiar Islam dan menegakkan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH di bumi ini..
Sedikit sedikit lama lama jadi bukit..bersatu padulah dan bergeraklah secara berjamaah(beramai-ramai) menghancurkan musuh islam..!
Sumbangan yg kecil dan amaln kebaikan yg kecil itu dinilai oleh Allah begitu juga dengan sekecil2 zarah kejahatan yg dilakukan jga ada balasannya.Firman Allah:
Maksudnya,
"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah,niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(7).Dan barang siapa yang mengerjakn kejahatn seberat zarrah, niscaya dia akan melihat(balasan)nya.(8)"
(Surah Al-Zilzal:ayat 7-8)
Pesanan penaja :..
TAKBIIRR!!!
Thursday, January 8, 2009
What we need to DO???


- COCA COLA
- HUGGIES
- RIVER ISLAND
- MC DONALDS
- CLINIQUE
- DISNEY
- DONNA KARAN
- STARBUCKS
- GAP
- GARNIER
- PERRIER
- KOTEX
- SANEX
- JO MALONE
- LANCOME
- LIBBYS
- TCHIBO
- LOREAL
- MARKS & SPENCER
- KLEENEX
- MAYBELLINE
- NESTLE
- VITTEL
- REVLON
- WONDERBRA
Monday, January 5, 2009
-warkah buat ayah-

Buatmu ayahanda tercinta..Salam mesra terindah kukirimkan,Salam mujahidah sesuci air telaga kauthar,.salam sayang yang harumnya bak kasturi, salam syahdu nyamannya sedingin embun pagi,.salam rindu sehangat mentari waktu dhuha,salam mujahadah serinya terpancar diwajah suci,salam penghormatan, kasih dan cinta yang tidak pernah pudar dalam setiap musim dan masa…
Ayah..
Hampir sebulan Iman berjauhan kembali denganmu..setiap kali mengingati ayah pasti airmata yang sudi jadi peneman iman..
Iman amat merindui ayah..
Ayah..
Iman minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa yang Iman pada ayah selama ini…
Ayah..
Ayah sihat.?ayah..Iman rindu sangat kat ayah..ayah rindu kat Iman tak?
Ayah..
Iman ingat lagi..masa kecil2 dulu,ayah selalu tunaikan apa yang Iman minta..dari dulu sampai sekarang ayah masih beri apa2 yang Iman minta..terima kasih yang tak terhingga ayah..
Ayah..
Iman sedih sekarang tapi Iman tak tahu kenapa..ayah..Iman nak bagi tahu ayah sesuatu..lepas baca surat ni nanti ayah jangan menangis ye..
Ayah..
Iman bukan seorang anak yang baik..Iman banyak sakitkan hati ayah..setiap kali Iman balik mesti Iman gaduh dengan ayah kan..Iman tahu ayah mesti sedih dengan perangai Iman kan..
Ayah..
Iman memang seoarang anak yang degil..Iman minta maaf lagi sekali ayah..minta maaf ayah..ayah mesti sedih kan setiap kali Iman menjauhkan diri dengan ayah,melawan cakap ayah,taknak bercerita dengan ayah..mesti ayah terasa sangat kan..ayah..Iman minta maaf ayah..
Ayah..
Iman tahu Iman tak sepatutnya begitu dengan ayah,,Iman tak tahu kenapa Iman begitu marah dengan ayah..Iman tak sepatutnya buat macam tu pada ayah..semua tu sebab nafsu amarah Iman ayah..dan kerana diri Iman sendiri..macam yang Iman beritahu tadi,,Iman bukan seorang anak yang baik ayah..Iman memang tak selayaknya menjadi seperti mana yang ayah lihat pada Iman..zahirnya…
Ayah..
Cantik nama yang ayah bagi masa Iman dilahirkan..nurimansolehah nama yang Iman suka..tapi kan ayah..Iman tak solehah pada ayah..Iman bukan seorang anak yang baik..ayah..sekali lagi Iman minta maaf ya ayah..ayah..ayah doakan Iman supaya Iman jadi anak yang solehah seperti Fatimah Azzahra ya ayah..
Ayah..
Sebelum Iman balik..iman pernah kemalangan..tpi Alhamdulillah..Allah masih sayangkan Iman ayah..Allah masih bagi peluang untuk Iman hidup supaya Iman boleh minta maaf dan berbakti pada ayah..Iman bersyukur kerana Iman sempat jumpa ayah sebelum kita berpisah kembali..
Ayah..
Semasa kepulangan Iman yang ke-4…Iman masih belum memperbaiki diri Iman..walaupun Iman telah menyedari bahawa Iman tak boleh melawan ayah tapi Iman masih buat juga..Alhahmdulillah sampai saat itu Allah beri peluang lagi pada Iman..tapi iman dah sia-siakan peluang yang ada..
Ayah..
Kini kita berjauhan sekali lagi..Iman rindu sangat dengan ayah..Iman masih ingat saat saat Iman dirumah..saat ayah berbual dengan Iman, saat ayah bergurau dengan Iman, saat ayah memarahi Iman untuk kebaikan Iman dan saat ayah merajuk dengan Iman.. Ayah..ayah pernah kata sambil bergurau dengan Iman dan adik2..”Ooo semua tak nak teman papa ya..semua tak nak kawan dengan papa ya..”
Ayah..
Kata –kata itu amat menghiris hati Iman..tentunya hatimu lebih terluka saat kami semua tidak mesra dan berjauhan denganmu..Ayah..iman sayang ayah..tapi sayang Iman pada ayah tak pernah Iman lahirkan kan ayah....yang Iman buat pada ayah hanya menzahirkan tingkahlaku yang dapat ditafsirkan bahawa Iman benci ayah..
Ayah..
Maafkan Iman ya ayah..maafkan Iman sebagai anakmu..Iman sayang ayah kerana Allah dunia n akhirat..Ayah..surat ini sebagai pengganti diri Iman di kejauhan..mengukir pohonan kemaafan dan menyulam kasih sayang yang tak terhingga untuk ayah dihati..peluang yang Allah beri pada Iman supaya menyedari kesalahan Iman sehingga ke hari ini ,kini Iman tak kan biarkan..
Ayah..
Iman mohon maaf kerana lambat melafazkan pohonan maaf ,meluahkan rasa dan menuturkan sayang pada ayah..
Ayah..
Nanti bila Iman balik lagi..Ayah ambil Iman ya..Iman rindu dengan ayah..Iman nak bercerita banyak dengan ayah..ayah jangan lupa ya..Iman tahu Iman tak mampu balas apa yang ayah pernah beri pada Iman selama ini..Iman nak jadi anak yang solehah untuk ayah dan bonda..ayah doakan Iman berjaya dunia n akhirat ye..
Ayah..
Iman rasa sampai sini sahaja dulu ye.InsyaAllah...kalau Iman ada kesempatan waktu lagi nanti Iman tulis surat kat ayah lagi ye..Ayah jaga kesihatan ayah ya..Iman sayang ayah.Terima kasih ayah untuk segala-galanya..Semoga Allah memberkatimu..
Salam sayang dan rindu dari anakmu yang jauh..
nurimansolehah@iman
-Debu-Debu Dosa-
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi